I bare witness that there is no god except Allah, and
I bare witness that Muhammad is the messenger of Allah.

Wednesday, June 23, 2010

SAMBUNGAN Enam Prinsip Dakwah $ Tabligh

Alhamdulillah…hari ni kita akan menyambung semula tajuk ENAM PRINSIP DAKWAH yang ketiga ye.
Mula2 skali…nak bagi teka teki. Sape dapat jawab angkat tangan ye.
~Apakah perbezaan antara dakwah dgn dakwat???~
Ha... Gunakan otak kanan & kiri anda utk mencari jawapan.Sila tulis jawapan anda di shoutbox kat sebelah tu ya… dalam ruangan komen di bawah pon buley.
Ok, kte masuk dalam topic perbincangan hari ini tahta maudu’ ILMU.

3) Ilmu dan Zikir.
Asas ilmu y hakiki adalah utk menjawab soalan di dlm kubur nanti. Oleh itu kita perlu usahakan diri utk mencari ilmu y dpt membantu kita utk mamperoleh kebahagiaan di dunia mahupun di akhirat.
Ilmu terbahagi kpd 2:
1. Ilmu Fadail= ilmu y berkaitan dgn kelebihan melakukan sesuatu amalan. Boleh dipelajari drpd kitab2 hadith & al-Quran.
2. Ilmu Masail = ilmu hukum – hakam. Kita hendaklah mempelajarinya drpd orang2 y lebih arif.

Ilmu sangat berkait rapat dgn iman. Jadi, utk menjaga & memelihara penerapan ilmu dalam sanubari kita, amatlah penting untuk membentengi iman kita dengan kekuatan y sebenar-benarnya.

Benteng Iman – 5 Kekuatan Utk Menjaga Iman.
1. Yakin.
Kita wajib belajar & berusaha menyuburkan keyakinan kita. Keraguan mesti dilawan dgn ilmu, bukan sekadar berkiblatkan lojik akal semata-mata.
2. Ikhlas.
Ikhlas adlh rahsia Allah y x diketahui sesiapapun hatta diri kita sendiri sebenarnya. Analoginya adalah seperti seekor semut hitam y berjalan diatas batu y hitam diwaktu malam y pekat. (huraian selanjutnya utk posting di bawah tajuk Ikhlas Niat)
3. Mengamalkan amalan sunat.
Amalan sunat akn menyempurnakan amalan wajib. amalan sunat juga menjadi top-up utk amalan wajib kita y terkadang-kadang lompang di sana-sini. Namun begitu, jangan sampai terlalu ghairah mengejar amalan sunat hingga melalaikan amalan wajib pula….
4. Istiqamah dalam beramal.
Istiqamahlah y dpt mengawal iman kita. Junjungan besar nabi Muhammad SAW bersabda, “Sebaik-baik amalan adalah y kekal walaupun sedikit”
Terdapat dalam sebuah hadis Qudsi, “Wahai hambaku, mengapa kamu berasa jemu beramal sedangkan Aku tidak pernah jemu memberi pahala kepadamu”
Sama-samalah kita istiqamah dlm melaksanakan amal kebajikan….
5. Disiplin dalam beribadah.
Ulama tasauf bersepakat mengatakan “yang banyak menjauhkan hamba itu drpd Allah bkn krn x cukup ilmu& amal. Tetapi kerana kurang adab dlm melaksanakan ilmu & amal”

Rujukan:Khairul Razali.30 Wasiat Imam Syafei(2005).PTS Millenia,Kuala Lumpur
Tajuk posting hari ini sangat bersesuaian dgn status kita sbg seorang pelajar. Seorang pensyarah saya(merangkap tutor) pernah berkata “Your priority now as a student is towards your study.”
~Yes, Miss.~
Next week bermulalah semester terakhir utk foundation PPISMP ni. Erm…dah tua rupenye…Sebenarnye banyak lg nak dipostkan berkenaan tajuk kita pd kali ni. Disebabkan faktor2 yang berbangkit, diharapkan murid-murid sekalian dpt mengambil manfaat.
Sebelum meng’sign-out’kan diri, saya juga tlh upload beberapa gambar2 y menarik semasa school holiday kali ini. Sebagai relaks minda stlh mencari idea utk menulis.


Rehlah di Sungai Klah Hot Spring


Bebudak excited main air




Aksi2 stunt y x berapa jadi~

X lupa, Selamat Penganti Baru, Semoga berbahagia buat Farhana & suami. Teringat zaman kecik2 dulu kte makan time rehat sama-sama. Semoga kalian dpt mewujudkan keluarga sakinah, Insyaallah….


Saturday, June 12, 2010


Bismillahirrahmanirrahim….
Alhamdulillah, dah seminggu diri ni berada di rumah… berbeza cket keadaan rumah ni compared to 3 bulan y lepas. Huhuhu…dh 3 bulan rupenye anak Datin Hairunnishah ni dok kat Batu Pahat nun…. Takpe2, demi memenuhi tuntutan fardhu kifayah yakni menuntut ilmu n fardhu ain yakni melaksanakan kebenaran Syahadah ini…
Lama juga x jenguk blog ni. So, dengan ini saya akn menceritakan serba sedikit ttg perkara y berlaku utk semalam. Nak cter y dulu2 dh x bes. Let the gone by gone(betul ke phrase ni??). Usai solat Asar, dpt mesej dr hostel-mate kat SEMARAK dlu.
~Salam.ko dh kawin ke?kcoh kt klas ak y ko dh kawin.huhu~
Nak tergelak guling2 pn ad(dah gelak pon). Spe y bg idea luar alm nih wahai kengkawanku… Kawan kome y sorang ni blum abis foundation pn lagi…. Result sem 2 pn x dpt lg.Isy3x…kome ni…
Tu jelah muqadimmahnye. Sekadar relaks di pagi hari kat rumah opah ni. Kte blaja cket ye wahai pembaca sekalian. Hari ni Ustazah nak ajar Fadhilat Al-Quran ye. Baca sampe abes…

عن ابن عباس قال، قال رسول الله(ص) إن الذى ليس فى جوفه شيء من القرءال كالبيت الخرب
Hazrat Abdullah bin Abbas r.a meriwayatkan sabdaan Rasulullah SAW, seseorang yang tiada sebahagian Al-Quran dalam hatinya adalah seumpama rumah y telah ditinggalkan kosong.(HR Tirmizi, Darimi & Hakim)

Baiklah murid2, apa y kalian faham berdasarkan hadith di atas? Menurut keterangan y dipetik dari kitab Fadhilat Amal karangan Maulana Muhammad Zakaria, tamsilan bagi rumah y telah ditinggalkan kosong adalah ”rumah y kosong akn dikuasai oleh syaitan & jin ”. Jadi, utk pemahaman y lebih, kaitkan dgn hati y kosong daripada kalamullah y suci. Apabila hati seseorang(lebih berkesan jika relatekn dgn diri kita) itu xmelihat, membaca @ mendengar ayat2 Al-Quran,anasir2 buruk mudah akn lebih berkuasa atas hati itu.
Ha… cuba bayangkan apa y terjadi pada diri, terutamanya hati anda bila dalam sehari x bersama Al-Quran? Lama-kelamaan, ianya menjadi gersang & kering kerna x disirami kalamullah y suci. Bila hati dh keras, susahle nak lentur hati utk buat amal kebajikan. Dush…sakitnye batang hidung. Astaghfirullah….
Dalam riwayat y lain, Hazrat Abu Hurairah r.a berkata, “Rumah-rumah y hidur dgn pembacaan Al-Quran maka ahli rumah itu akn bertambah ramai, dipenuhi dgn kebaikan & rahmat, para malaikat akn turun ke dlm rumah itu & syaitan2 akn meninggalkan ruma itu. Sementara rumah-rumah y tidak dibacakan Al-Quran, kehidupan ahli rumah akn menjadi sempit & hilang keberkatan, para malaikat akn meninggalkan rumah itu & syaitan2 akn memasuki rumah itu. ”
Semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita & dgn kemurahan rahmat & kasih-sayangnya, Dia memasukkan kita dalam kalangan hamba-hambaNya y soleh. Sekian sahaja utk hari ini. Wallahua’lam……