I bare witness that there is no god except Allah, and
I bare witness that Muhammad is the messenger of Allah.

Friday, September 24, 2010

Fadhilat Majlis Ilmu

"Sabtu ni ade daurah. Nak g x?"
"Erm, tengokla ye.kalo xde aral melintang menegak, saya g la ek"


Perbualan ini mungkin pernah kita dengar.Daurah ini dari segi bahasa bermaksud bulatan atau roundabout. Dari segi istilah ialah perkongsian ilmu, dalam kata lain ialah majlis ilmu. Majlis ilmu sangat best(istilah saya la). Time inilah para malaikat akan berkumpul untuk turut mendengar dan memayungi sesiapa sahaja didalamnya. Kenapa kita kene g majlis ilmu? Jawapannye: kita nak cari dan gapai redha Allah, semoga amal kita ini dapat mengetuk pintu rahmat Allah. Selain itu kita juga dapat hidupkan sunnah pada zaman Nabi saw yang mengadakan majlis ilmu bersama para sahabat seperti di Masjid Nabawi.

Apakah fadhilat majlis ilmu: Ade 4
  1. Malaikat mendokan rahmat baginya
  2. Maghfirah dari Allah
  3. Diturunkan sakinah(ketenangan) didalamnya
  4. Rahmat baginya
Dalam majlis ilmu ni ade adabnya. Sebab kita bukan g konsert yang boleh jerit2+lompat2 sesuka hati. Bukan juga g shopping kat BP Mall atau Summit Parade yang boleh singgah sana singgah sini.
Adab Majlis Ilmu:
  1. Duduk dengan sopan, tenang dan mujahadah untuk dengar ilmu yang disampaikan(memuliakan)
  2. Membenarkan firman Allah dan hadith Rasulullah(membenarkan)
  3. Dengar dengan niaat untuk diamalkan serta sampaikan kepada orang lain. Imam Ghazali pernah mengatakan bahawa ilmu itu pertama adalah diam, kedua dengar, ketiga ingat, keempat diamalkan, dan kelima disampaikan.
  4. Kalau boleh, ada wadhu'
  5. Dengar apa yang penyempai sampaikan, jangan lihat siapa yang menyampaikan. Maksudya, kita ambil apa yang baik dari ceramahnya, jangan disebabkan kita benci dengan dia, haritu pernah nampak dia dating , dia ni bangun Subuh pun lewat, kita banned majis dia. Tak baik tau.

Hang dengaq ka tidoq time Ayah Chik baca kitab ni?

Tuesday, September 21, 2010

Ceritera aidilfitri

Bismillahirrahmanirrahim....

Masih tidak lewat utk ucapkan Salam Aidilfitri kepada semua kawan dan juga pembaca yang menjengah ke blog ini. Camne raya kalian semua??? Raya saya kali ni lain sikit, sebab kali ni asyik dengar baby nangis je. Alhamdulillah, dah bertambah family tree kitorang. anak kakak sulung, baby girl. Mata ikut abi, hidung ikut mama, perangainye ade iras-iras Mak Ngahnye-kuat nangis, gaya menguap & tidur. Isy3x...






Paksu: Ayam kampung ni sedap tau buat sup
Kitorang: Dah makan pun...Abis licin periuk

Gitulah serba sikit raya kali ni. Balik kampung belah ayah, belah mak, tolong masak, ade kenduri sikit, sempat g ladang dan sebagainya. Aidilfitri juga boleh jadi medium untuk sanak saudara berkumpul.Dah besar semuanya. Duit raya pun makin sikit je. Nape ek...
Kepada yang amik peperiksaan besar tahun ni, buat yang terbaik-UPSR,PMR, SPM. Kepada yang amik doktor, cepat habiskan degree tu, taun depan kitorang tau nak duit raya .Kepada yang buat masters tu, buat research lek lok.Jgn kluar dating(~kalau keluar gak?). Ade yang frust kawan x datang beraya tu, jangan sedih2, settelkan bebaik(sape le ek).Kejap je tu...Kepada yang x abis hafaz Quran g, khatam leklok. Boleh wat syahadah cepat.Dan kepada diriku ini, cepat siapkan assignment.Date due nak dekat dah...Sekian~

Sunday, September 19, 2010

Keutamaan Zikir



Bismillahirrahmanirrahim...

Hari ini dah masuk hari ke-10 Syawal. Apa lg, kita tambahkan amal dengan puasa 6 hari di bulan Syawal ini. Soalan: Boleh x gabung puasa sunat & ganti? Nak wat puasa ganti ke puasa sunat dulu ek?
Jawapan:
Para ulama berbeza pendapat yang mana satu harus dilakukan. Beberapa ulama' berpandangan bahawa Tidak sah amalan sunat sebelum melakukan qadha'. Mereka menggunakan kaedah :

أن النافلة لا تؤدى قبل الفريضة

"Sesungguhnya amalan sunat tidak boleh ditunaikan sebelum amalan fardu"

Akan tetapi, jika terdapat masa yang sangat pendek (takut tertinggal peluang menunaikan puasa 6), berbanding dengan puasa qadha' yang banyak; seperti didalam kes wanita yang panjang haidhnya, dibenarkan melakukan puasa enam hari didalam bulan Syawwal, dan kemudian mengqadha'nya sebelum menjelang Ramadhan yang akan datang. Syeikh Ibn Utsaimin mengatakan ini merupakan pandangan yang lebih kepada kebenaran. [Syarah al-Mumthi' 6/448].

Menurut Syiekh Ihsan bin Muhammad 'Aaish al-'Ataibi :

والأصح : أنه لا يجوز للمسلم أن يجمع بين عبادتين لكل واحدة منهما فضل خاص ، أو أمر مستقل خاص
فمثلاً : لا يجمع بين قضاء رمضان والنذر .
ولا كذلك بين قضاء رمضان والست من شوال ، وذلك لأن المقصود من الحديث أن يصوم الإنسان ( 36 ) يوماً – أو شهراً وستة أيام – فإذا جمع بين النيتين صام شهراً واحداً فقط !
وهذا مخالف لمقصود الحديث وهو أن يصوم شهراً وستة أيام ، وقد جاء في السنة ما يوضح أن هذا هو مقصود الحديث ، فقد روى ابن ماجه بسندٍ صحيح أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : « من صام ستة أيام بعد الفطر كان تمام السنة ، من جاء بالحسنة فله عشر أمثالها

"Pandangan yang paling hampir kepada kebenaran : sesungguhnya tidak dibenarkan bagi orang Islam menggabungkan niat diantara 2 ibadat dimana setiap satunya mempunyai fadhilat khas, amalan khas yang tersendiri. Contohnya : Tidak boleh menggabungkan Qadha' Ramadan dan Nazar. Begitu juga diantara Qadha puasa Ramadhan dan puasa Enam didalam bulan Syawwal, dan begitulah sesungguhnya maksud dari hadith agar manusia berpuasa 36 hari - satu bulan (Ramadhan) dan 6 hari (Syawwal) - Maka jika dihimpunkan kedua niat, maka jadilah ia puasa 1 bulan dan satu hari sahaja!

Inilah yang dibezakan dengan maksud hadith bahawa berpuasa satu bulan Ramadhan dan 6 hari, maka telah datang sunnah yang menjelaskan tujuan hadith ini, telah diriwayatkan oleh Ibn Majah dengan sanad yang baik bahawa Nabi saw bersabda "Barangsiapa yang berpuasa 6 hari selepas berhari raya maka dia telah menyempurnakan / berpuasa satu tahun penuh, barangsiapa yang mendatangkan kebaikkan (melakukan puasa) maka baginya digandakan 10" [url : http://www.islamway.com/?iw_s=Article&iw_a=view&article_id=1003]

Dah selesai muqaddimah. Sekarang, kita sambung tajuk prinsip dakwah dan tabligh yang ketiga, iaitu ilmu dan zikir. Huraian tentang kelebihan ilmu telah saya tulis dalam posting sebelum ini.
Zikir: Mengingati Allah dgn merasai bahawa Allah sentiasa malihat dan memerhatikan kita dalam apa jua tindak tanduk, percakapan malah lintasan dalam hati kita. Jadi, kita sebagai hamba sangat perlu ingat Allah 24 jam semoga rasa kehambaan akan terbit dalam hati kita.
Cara mendapatkan hakikat zikir...
1. Istiqamahkan diri utk berzikir,istighfar, selawat tiap hari
2. Baca al-Quran: Ustaz saya cakap, kalo kitorang x habiskan 1 juzuk sehari beliau taknak halalkan ilmu yang diajarinya...huhuhu.
3. Amalkan doa-doa masnun(doa-doa lazim seperti doa makan, doa tidur dsb.)

Rasulullah saw bersabda: Perbandingan orang yang berzikir dgn orang yang tidak berzikir adalah seperti orang yang hidup dengan orang yang mati. Orang yg berzikir itu adalah orang yang hidup manakala orang yang tidak berzikir itu adalah orang yang mati.(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Baihaqi)