I bare witness that there is no god except Allah, and
I bare witness that Muhammad is the messenger of Allah.

Monday, November 8, 2010

Sekadar kongsi...

Sekadar ingin berkongsi ilmu. Kebetulan dok study kat library terbelek pulak majalah ni. Best puisi ni..

Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku kepada seseorang y melabuhkan cintanya kpdMu, agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu

Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku kpdnya,
Agar tidak melebihi cintaku kepada-Mu

Ya Allah, jika aku jatuh hati, izinkan aku menyentuh hati seseorang y hatinya tertaut kpd-Mu,

agar tidak aku terjatuh kedalam jurang semu

Ya Allah, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling dari pandangan-Mu

Ya Rabbi, jika aku rindu, rindukan aku kepada seseorang yang syahid di jalan-Mu


Ya Ilahi, jika aku rindu, jagalah rinduku kepadanya agar tidak lalai aku rindukan syurga-Mu

keluarga sakinah impian ummah

Err, sekadar tazkirah untuk posting ni ek. Buat sesiapa yang terbaca entri ini, atau sedang bercinta, baru first time nak mencuba bercinta, yang tengah sedih clash bercinta, hayatilah puisi ini.

Buat teman sesekolah, sekampus dan se-sebagainya, cinta itu memang fitrah. Tapi kan manis jika cinta itu disalurkan kepada yang sepatutnya.


Buat adik-adikku tersayang, akak x sampai hati nak halang hubungan itu. Di usia remaja inilah dugaan seperti itu akan diuji, terutamanya bila kawan-kawan lain pun turut berpasangan. Tapi, ingatlah wahai adik sayang,mawar di dahan yang tidak dipetik orang akan lama segarnya. Akan terus mekar berseri di taman, menjadi dambaan insan terpilih.

Buat kakak-kakak yang dihormati, diri ini tidak mahu berkurang adab. Tidak juga ingin mengatakan bahawa diri ini baik, tapi sekadar ingin berkongsi ilmu dan mengajak kearah kebaikan. Semoga kita bersama menjaga kesucian benih yang bakal menjadi mujahid dan mujahidah kelak.




~halaqah cinta~

sharing is loving


Sekian sahaja...Selamat bercuti wahai kawan-kawan sekalian~


Buat murabbiahku, selamat bercinta...~hehe~

.:Cinta Agung:.

Cinta! Suatu perkataan y memiliki makna yang luas. Walaupun tidak dapat didefinisikan secara pasti,namun kewujudan cinta diakui oleh semua orang. Al-Ghazali mengatakan, "Cinta itu ibarat sebatang pohon yang subur. Akarnya tetap di bumi, cabangnya di langit & dari buahnya lahir batin, lidah, dan anggota badan. Cinta muncul dari hati. Cinta sejati hanyalah kepada Allah!..(dipetik Cahaya Januari?Februari 2007) "

Inginku kongsi kisah cinta seorang hamba....

Suatu hari Nabi Isa as lalu dihadapan seorang pemuda yang sedang menyiram tanam-tanamannya. Pemuda itu berkata "Wahai nabi Isa, mintalah kepada Allah supaya memberikan aku rasa cinta kepada-Nya sebesar zarah"
Berkata Nabi Isa,"Kamu tidak akan dapat menanggungnya walaupun sebesar zarah"
Pemuda itu membalas," Mintalah sebesar setengah zarah"
Nabi Isa as berdoa,"Wahai Tuhanku. Kurniakan kepadanya rasa cinta kepadamu sebesar setengah zarah." Kemudian nabi Isa as berlalu dari tempat tersebut.
Selepas beberapa bulan, nabi Isa lalu di tempat yang sama dan baginda mendapati pemuda tersebut tiada lagi di situ. Nabi Isa diberitahu bahawa pemuda itu sudah gila dan berada di atas sebuah gunung. Nabi Isa lantas pergi mencari pemuda itu dan mendapati dia sedang memandang ke langit. Nabi Isa memberi salam kepada pemuda itu teteapi tidak dijawab salamnya. Allah memberi wahyu kepada nabi Isa, mafhumnya,"Bagaimana dia(pemuda) itu dapat mendengar percakapan manusia sedangkan didalam hatinya terdapat setengah zarah rasa cintanya kepadaKu. Demi kekuasaanKu, jika Aku memotongnya menjadi dua, dia pasti tidak merasai kesakitannya."
Subhanallah...! Hebatnya cinta yang sejati terhadap Khaliqku... Terasa malu tatkala membaca kisah ini. Refleksi diri, kononya mengaku ingin mengharap cintaNya. Memang tidak dapat menyamai rahmat dan kasihnya terhadap diri ini. Walau hanya sebiji bola mata, amalan yang dilakukan tidak dapat menyamainya.


Sabda junjungan besar Nabi Muhammad SAW, maksudnya: "Cinta kamu terhadap sesuatu akan menyebabkan kamu buta dan tuli"(HR riwayat Ahmad dan Daud)


Ya Allah, berilah hamba peluang untuk membalas cintaMu...

Tuesday, November 2, 2010

Penggunaan Dinar Emas

KUALA LUMPUR 1 Nov. – Penggunaan dinar emas perlu dipertimbangkan oleh semua kerajaan negara dunia kerana kestabilan nilainya berbanding penggunaan mata wang yang tidak menentu naik turunnya.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, langkah menggunakan dinar emas sebagai ganti mata wang utama seperti dolar Amerika Syarikat (AS) dalam pelbagai transaksi juga boleh menghentikan perang mata wang

Katanya, dolar AS kini sudah tidak bernilai seperti mana beberapa tahun dahulu dan penggunaan mata wang kertas juga tiada lagi sehebat sebelum krisis ekonomi pada tahun 1997/98 dan penggunaan dinar emas adalah jalan penyelesaian terbaik.

“Mata wang AS kini boleh dianggap sebagai tisu tandas kerana nilainya semakin menyusut dan tidak berharga berbanding emas yang diterima di semua negara dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Dunia Pertama Mengenai Riba di sini hari ini.

Bagaimanapun, kata bekas Perdana Menteri itu, dinar emas tidak sesuai untuk digunakan dalam urus niaga runcit seperti mana hasrat Kerajaan Kelantan yang mahu menggunakan dinar emas dalam transaksi jual beli.

Mengulas lanjut kata beliau, penyusutan nilai dolar AS pada ketika ini menjadi satu masalah yang cukup besar kepada negara-negara yang menyimpan dan bergantung kepada nilai mata wang itu.

“Jika setiap negara menurunkan nilai mata wangnya, pasti akan ada perang mata wang dan sudah tentu, menyumbang kepada krisis,” katanya.

Beliau tetap berpegang bahawa emas mempunyai nilai kukuh dan merupakan nilai yang lebih baik berbanding mata wang.

“Mata wang tidak ada sokongan kecuali dicari oleh orang ramai. Sekiranya negara-negara mula menurunkan nilai mata wang mereka, akan berlaku kekecohan dalam perdagangan antarabangsa,” kata Dr. Mahathir.

Terdahulu dalam ucaptamanya, negara-negara Islam mesti membangunkan pengurusan sistem kewangan Islam yang berhemat. Ia mesti lebih baik berbanding sistem kewangan konvensional sedia ada, yang mampu menampung kejutan dan tidak dimanipulasi penyangak.

Dengan peserta industri mencari jalan untuk mencergaskan kewangan, sistem kewangan global sendiri amat memerlukan pengurusan yang sempurna, katanya.

“Saya jangka kewangan Islam akan berkembang, tetapi cabarannya ialah pengurusan berhemat dan sistem yang lebih baik. Jangan ikut sistem konvensional yang berurusan dalam segala bidang,” katanya.

Antara gesaan beliau kepada negara Islam ialah menggunakan dinar emas sebagai alternatif, bagi mengurangkan pergantungan terhadap dolar AS sebagai mata wang global untuk perdagangan.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1102&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_01.htm

Monday, November 1, 2010

Ingin Kubuang Karat Itu


Mariah melewati kamar Nadia. Dilihatnya hamba Allah itu sedang berteleku di atas tikar sembahyangnya. Terdengar halus esak tangis sahabatnya itu. Meminta rahmat dari Allah agar meredhai dan mengampuni dosa-dosanya.

Rumah sewa mereka itu terasa sunyi dan hening. Dua lagi teman serumahnya menghadiri katibah di Melaka. Kebiasaannya, pada waktu begitu rumah itu sudah hidup dengan alunan ayat-ayat suci al-Quran dari bilik temannya itu. Paling tidak pun rumah bersederhana besar itu sudah mula sibuk dengan bunyi pancuran air atau mesin basuh.

Mariah membetulkan duduk di atas meja belajarnya. Dia mencapai tafsir Quran lalu membelek secara rambang helaian kitab suci itu. Matanya tertancap di helaian 365 lalu menadabburi ayat 63 hingga 77. Berkenaan dengan sifat hamba-hamba ar-Rahman(faithful slaves). Ayat-ayat tersebut pernah ditadabburinya bersama teman halaqahnya dan dia ingin berkonsi dengan adik2 halaqahnya pula. Moga dengan keberkatan ilmu yang telah dipelajari dan diajarkan kepada orang lain tidak terkubur dan tertulis sekadar dibukunya sahaja.

Assalamualaikum ukhti, dah tahajjud ke? Ana ganggu sebentar boleh ?” terjengul wajah bersih Nadia dari pintu bilik.

“Eh, ukhti. Masuklah.” Mariah mempersilakan teman rumahnya masuk ke dalam kamarnya. “Kebetulan pula ana ‘cuti’ hari ni. Ukhti dah siap solat ke? Lama ana tengok ukhti doa tadi. Doa apa untuk ana?”

“Mana boleh bagi tau. Rahsia ana dengan Allah je tau.”Nadia membalas gurauan temannya. “Hari ni enti ada urusan lain tak? Kalau tak sibuk boleh tak temankan ana pergi bandar. Barang dapur dah out of stock. ”

“Insyaallah, boleh. Tapi pagi ni ana ada program di sekolah X. Mak Cik D minta tolong beri pengisian untuk pelajar lepasan PMR. Kebiasaan pelajar sekolah hanya akan belajar untuk peperiksaan je. Bila habis last paper baru langkah kaki keluar dewan rasa dah merdeka. Bebas dari belenggu buku dan ujian. Mereka masih belum sedar dan faham apa erti kebebasan yang sebenarnya. ”

“Betul, ana setuju dengan pendapat enti. Apa yang enti nak share dengan adik2?”

“Ana dah search bahan di Internet. Kebanyakannya masalah remaja ni adalah pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Macam dah jadi trend pula berpasang-pasangan, lepak di shopping complex, siap bertepuk tampar sesama bukan mahram. Sedih lihat remaja yang belum disentuh hatinya dengan sinar islami. Terpengaruh dengan filem2 barat yang menggalakkan industry per’couple’an tu.” Mariah meluahkan ketidakpuasan hatinya.

“Mereka tidak tahukah aktiviti tak sihat tu boleh mengundang banyak lagi masalah. Lari dari rumah->menyusahkan ibubapa, selalu lepak dengan pasangan->menghabiskan masa & duit, terlanjur->menyumbang isu kelahiran bayi luar nikah. Mereka tak fikirkah dosa bila bergelumang dengan situasi begitu. Allah dah tegaskan dalam al-Quran “jangan hampiri zina”. Jika ingin dekat pun Allah sudah tegah apatah lagi kalau dah terlibat. Syaitan laknatullah pula bergembira dapat sesatkan anak-anak Adam. Astaghfirullah alazim… ”

“Ukhti, kenapa ni?”
Mariah perasan wajah Nadia yang berubah riak. Kelihatan matanya sudah mula berkaca, menanti mutiara gugur darinya.


................... bersambung.......................