I bare witness that there is no god except Allah, and
I bare witness that Muhammad is the messenger of Allah.
Showing posts with label kisahku. Show all posts
Showing posts with label kisahku. Show all posts

Thursday, July 14, 2011

Mana mungkin kita nak mengubah
Mana mungkin kita nak menghukum
Andai tak pernah bersama mereka
Andai tak bisa memahami fatamorgana mereka
Dalam lautan manusia
Yang berbeda hati, akal fikiran dan kemampuan

Jadi
Langkah perlu diatur
Hikmah perlu disusun
Dalam ghayah islah
Mengubah belenggu kecintaan atas daya tarik hedonisme
Menuju Sang Pencipta


Notes::
Maybe this is the last time I attend this sort of thing..
Tanak buat lagi....


Teringat satu kata-kata yang banyak mentarbiah diriku yang lemah dan hina ini


"Andai seseorang muslim menghina saudara muslimnya atas suatu dosa, dia tidak akan mati sampailah Allah mengujinya dengan dosa yang semisal dengannya"


Ya Allah, janagnlah jadikan hati ini sedikitpun menghina, membenci jiwa pendosa..Andai diri ini terleka, peringatkanlah hamba Ya Allah..

Wednesday, June 29, 2011

Debush..!Sedarlah Wahai Insan Kerdil

Pesan murabbiah, setiap orang yang ingin berubah ke arah fitrah akan mengalami perubahan revolusi..Sikit demi sedikit..Tapi, bila dah agak lama mengalami proses tarbiah, jangan terlalu manjakan diri..
Jawapan yang selalu saya utarakan bila isu "hijrah" dibahaskan.
-Ala kak.Kita kan manusia biasa je..,berubah sikit demi sikit la nak tinggalkan jahiliah dulu...
Si murabbiah tersenyum saja mendengarkan jawapan mutarabbinya. Tidak terus menegur, kerana fiqh dakwah itu seni. tak semestiya terus tegur on the spot.Tapi, hati seorang kakak mana yang tidak lapang bila si adik masih terkesut- kesut menyusun langkah membaiki diri. Jalan ini masih panjang. Masa terus cepat berlalu. Lagi banyak "kerja" yang harus diselesaikan. Kerjanya bukan melayan si manja yang perlu dibelai setiap masa kerana dirinya akan pergi juga suatu masa nanti meninggalkan pewaris yang bakal meneruskan "kerja" ini.

Lalu si kakak menghantar butir hikmah kepada si adik..

Al-Hasan AL-Bashri mengkategorikan orang yang tidak qiamullail sebagai orang miskin, sebab ia gagal mendapatkan banyak sekali kebaikan. Malam hari saat terindah bermunajat (berdoa) kepada Allah Ta'ala, bukti kemenangan seseorang atas jiwanya, dan pesta kemenangan diri atas daya tarik 'tanah'. Al-Hasan AL-Bashri berkata, "Jika anda tidak dapat qiamullail dan berpuasa di siang hari, ketahuilah anda orang miskin, terbelenggu oleh dosa dan kesalahan"


Al-Hasan AL-Bashri juga  berkata, "Jika seseorang mengerjakan dosa, ia tidak dapat mengerjakan qiamullail, gara-gara dosanya itu".


Astaghfirullah...Astaghfirullah....Astaghfirullah....

Saturday, March 26, 2011

5 Days at SK Perwira..~

-Cikgu...
-Hurm??
-Lepas ni belajar marah tau.
-Ye.

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh...
Alhamdulillah, Allah masih memberikan kita peluang untuk terus hidup lagi pada hari ini. Sudah dua minggu ana kat kampung,I'Allah, esok kene balik semula ke IPG terchenta. (~tanak balik~)
Alhamdulillah, ana bejaya mengharungi PBS selama 5 hari di  sekolah di kampung ana. Tapi ana x pernah bersekolah kat situ. Thanks to Noor Amani dari IPG Raja Melewar y sudi menjadi partnership utk pbs ni. Seronok wat keje ngan beliau yang bertekun, sistematik n serius ni. "Logam"nya ini pasti bersinar andai berjaya dibentuk dan ditempa oleh seseorang yang berjaya mensibghahnya .Nanti sem 3 kita wat same2 lagi ek, Amani...

Dialog kat atas tu merupakan coversation terakhir ana ngan murid-murid kat SK Perwira. Diutarakan oleh seorang murid India yang ana pernah relief kelasnya. Agak bising(sangat bising sebenarnya) penghuni kelas tu.    Penat ana suruh diorang diam. Sudahnya ana suruh diorang melukis je.

Conversation 2
-Cikgu da kawin ke
-Dah
-Betulke??
-..... Cepat bukak buku sivik!

Conversation 3
Murid A-Cikgu Amani ni ajar ape?
Amani   -Cikgu ajar subjek PJ
Murid A-Cikgu Adibah tu?(waktu ni ana takde kat bilik tempat kami bertapa. ana masuk kelas)
Amani -Cikgu Adibah ajar Agama Islam
Murid B(india)-Oo...kan saya dah cakap(cakap ngan kawan).Cikgu Adibah kan pakai tudung sampai sini(buat gaya tudung labuh)
Amani - Ada kawan cikgu yang ajar prasekolah pakai tudung takat situ juga tau

Pbs ini membuatkan ana banyak berfikir... Soalan yang selalu mengganggu benak of course le "camne la aku nak suruh diorang diam ni??"tak pun "diorang ni faham x aku cakap pe" pastu "camne la aku nak ngajo bebudak nakal pasni?" Tapi yang cukup pastinya ana lagi suka masuk kelas hujung. Memang susah nak control kelas, bila nak terangkan sesuatu kene rendahkan tahap pemikiran kita supaya sesuai dengan kefahaman diorang dan kene sabar dengan ketidaksopanan mereka. Sudahnya ana tanye kat diorang
-Camne nak bagi kelas korang diam?
-Cikgu angkat pembaris kayu yang besar ni, pastu ketuk meja kuat2.
-Semua cikgu yang masuk kelas ni buat camtu ke?
-Haah. tak pun cikgu pukul je diorang
-...(-__-')

Yang seronoknya bila diorang tanye kat ana "cikgu, betul tak saya tulis ni?", cikgu, tengokla lukisan saya ni... Huhu, comey betul(cikgu yang masuk kelas tu). Bila diorang tulis salah, cikgu ni pun marah," bukan camni, huruf sin kan ada 3 gigi." "Ni apasal tak tulis lagi?" "Ha, jangan main!nanti tak siap tak bole balikkk."

Gitu la sikit sebanyak dialog yang berlaku. Teingat time ana muda2 dulu, hairan pun ada sebab terfikir camne la cikgu ana mengajar sampai ana pandai ABC, أ ب ت,   1,2,3
Rasanya cikgu ana dulu tak garang sangat, pastu ana pun bukan jenis aktif sangat buat bising dalam kelas.(Ana bersekolah rendah di SK Sitiawan dan SK Kampong Bahagia) Ana pun tak ingat lagi muke2 cikgu yang suka marah dalam kelas. Tu yang bila masuk mengajar kali pertama ni ana tak reti marah bebudak(anak-anak orang pulak tu). Tak pe.tak pe.... Utk sem 2 ni time PBS ana nak bawak watak sorang cikgu yang cengih..(hehe)

Antara perkara yang ana sedar ialah murid-murid zaman moden ni kurang hormat cikgu.Tak tahu la betul ke tak tapi ini pendapat peribadi ana. Waktu zaman sekolah rendah ana dulu2, kalu tak silap kelas ana tak bising kalau cikgu masuk, cikgu tanya soalan pun jawab sopan2. Nak lalu sebelah cikgu pun rasa gerun... Herm entahla. Rasa macam tugas seorang guru/pendidik ni sangat berat. Coz murid-murid inilah aset Islam masa hadapan. Kehidupan dunia ni memang terasa seperti di akhir zaman. Ditambah lagi dengan bencana alam yang sering berlaku. Pastu terasa seperti minda masyarakat diserang dengan anasir Barat. Nak maju, nak hidup kaya,nak itu, nak ini, tapi pendidikan rohani kurang dititikberatkan.

Ayyuhal syababul taghyirul ummmah!

Betulkan fikrahmu! Perbetulkanlah addinmu, kerana minda masyarakat masih lagi sakit. Kalianlah doktor penyembuh jahiliyah moden ini. Cukuplah berselisih pendapat, cukuplah dengan penyakit hati yang suka berhasad dengki. Bersatulah mensibghahkan ummat!
(Bilakah Islam akan menang??Bila ummat terislah)

Tak tau nak tulis ape lagi, coz ana dah banyak menulis utk wat laporan PBS n PKK. Belum kira lagi laporan utk PA n ELP(kaedah pengajaran guru dalam kelas). Ana upload gambar2 yang ana ambil sepanjang jadi cikgu kat situ ek..
Perhimpunan pagi Isnin

Time ni la paling bestt...
Harga kuih kat sini 20 sen sekeping. Mane nak dapat..

Ha.ni nak masuk tandas ke keluar tandas ni?

Lukisan anak murid saye

Kampus Astro di Pusat Sumber


Huruf dzho ade titik, jangan lupe letak..

Murid-murid, ini caranya memukul orang ..eh, bola kriket ye
Cikgu Rozi..

Waktu zaman ana mane ada mainan warna-warni ni..

Cikgu Amani menginterview tokoh pelajar.
Sempat main congkak ngan anak murid.

Inilah robot ciptaan saya. Cantik tak cikgu??
(cikgu comel je..)

Kelas tasmi' Tahun 1

Tribute to my partnership~Cikgu Amani~

Monday, March 7, 2011

Assalamualaikum....
Hari ni nak tulis santai jerr....
Kalan pernah x dapat mesej layang???atau mesej y kita x tau siapa penghantarnya??atau sms ugutan???
Ana pun x pernah sebelum ni...tapi, tadi lepas qailullah(tidur sebentar sebelum zuhur) ana dapat mesej berbunyi begini..:
Salam.Saya rasa miss dah terambil baju saya. Disebabkan miss sy x leh tido,pasal miss ambil baju kesayangan saya.Sori, saya dah terepot kat polis, rsnyer mlm ni polis2 tu datang carik miss.So get ready ya miss..

HA....
Sebenarnya bila tengok balik sms tu, rasa nak tergelak pulak..rasanya cam tak yah citer tapi nak citer gak.Sebab kan blog ini hak peribadi sendiri, so kita bebas melontarkan apa sahaja yang teringin di hati(make sure tak melanggar hak asasi manusia dan syariat!).Tapi macam malu pulak sebab sebelum ni pernah lontarkan pernyataan  kat kawan, nape orang yang ada blog ni suke citer ap yang dia buat pagi sampe ke malam.hmm.Las2 nye ana pun buat juga. Tapi ana nak tulis gakk...

Hari sabtu lepas(5hb 3) ana angkat kain di jemuran waktu petang. Kebetulan time tu memang nak hujan. Ana pun angkat le laundry n baik hati pulak tlg angkatkan sekali sorang ukht ni punye.(sebab time tu ukht ada urusan kat luar).Pastu, ana ternampak lagi ad  laundry kat ampaian lagi satu. Ana pun tlg angkatkan sebab ingatkan baju2 ni ukhti lagi 1 pnye.K, dah abis...

Dipendekkan cerita, pakaian yang last ana angkat tu bukan ukht tu punye. Sebabnye ad tudung n baju yg nak dekat sama ngn ukt ni pnye. Ana pn tulis iklan cakap "sesiapa y kehilangan baju di ampaian, sila hubungi 013-4xxxxxx.

Sebab tu r dapat sms yang kat atas tu. Tapi yang agak kelakarnya, time ana terbaca mesej tu, ana still mamai, so, tak faham kehendak soalan le(soalan ker??). Secondnye, betul2 lepas tutup mesej ad orang ketuk pintu.roomate pn qailullah juga, ana tolong bukakan pintu. Rupa2nya pemilik sebenar baju yang nak ambil balik pakaiannya. Tapi, sebelum tu, ana tau da siapa tuan milik laundry tersebut sebab tanye kat akhawat lain, tekaan pun memang betul. So, baju tersebut sudah dipulangkan ke tuan asalnya dengan baik meskipun still mamai tu...

Jadi , dengan penuh rasa tak bersalah, ana reply mesej.yang agak kelakarnye, ana tau siapa pengirim mesej tu.

-salam, sori X(nama), saya dah pulangkan pun baju tu kat tuannya.hehe
-oo, ak saje nak kenakan kau
-wekk, da r...g solat

Ok, dah abis...tq kerana membaca n sori menghabiskan masa y sepatutnya kalian gunakan utk buat benda y lebih bermanfaat dari baca posting ni...

Tadi petang ad microteaching. Grup ana present. OK la. masing-masing dalam proses belajar untuk mengajar.So, sedikit sebanya tugasan ni mematangkan lagi cara untuk mengajar(lebih2 lagi ana yang x berapa reti nak mengajar orang ni). Tapi, apa yang ana dapat, tips untuk mengajar ni adalah seperti berikut:

1. Jangan sesekali tak buat preperation untuk mengajar. Terutamanya kalau ajar orang2 yang lagi tua dari kita. Karang tak pasal2 terdiam terkeras kat depan.So, RPH tu sgt penting!! perkataan
2. Lazimkan diri untuk gantikan kebiasaan kita yang suka cakap ok...ok, ok dengan "baiklah". Dalam kelas, selalunya murid2 akan tereffect dengan perkataan2 yang selalu sangat terkeluar dari mulut cikgu.Contohnya, kalau selalu sangat cakap "ok murid-murid, hari ni cikgu nak ajr....ok. Ok, buka buku, muka surat 34.ok, siapa nak cuba baca..?ok, Halimah, sila baca ok....
Banyak sangat oknye cikgu....apa kaa gantikan ok tersebut dengan Baiklah murid-murid....baiklah.....
3. Kalau time stuck nak cakap sebab x de idea, jangan selalu sangatsebut "ermm...erm...erm..."(ana pun cam tu jg kekadang).Cuba relakskan diri, kalau rasa nak terkeluar juga ermmmmm....ermmm tu, cuba katup rapat-rapat mulut tu.
4. Jangan letangkan sangkaan yang terlampau tinggi(high-expectatin) terhadap murid-murid yang bakal kita ajar nt. Sudahnya, bukan je kita x dapat mengajar dengan baik, kita jg akan tereffect dengan pandangan mata murid-murid yang sblum tu kita anggap elit dah. Padahal, diorang tak tahu pun...(pengalaman)

Tapi, semua tips ni sekadar untuk nasihat diri sendiri. Ana pun still belajar macam mana nak salurkan ilmu dengan baik, terutamanya kepada mad'u2 yang Allah hadiahkan. Tapi, as long as we are muslim, kita tahu sebenarnya kewajipan menyampaikan islam itu lebih penting adakalanya dari beribadah sensorang, pastu tak nak pun cuba perbaiki diri orang lain.Nak masuk syurga kan tak bes sensorang...
Baiklah, sekian saja posting untuk kali ini.
Assalamualaikum.....


tak sabar nak g pbs :)

Adakah anda tergolong dalam individu ini??
fikir2 kan..
Tak matured betul pak cik ni...

Tuesday, September 21, 2010

Ceritera aidilfitri

Bismillahirrahmanirrahim....

Masih tidak lewat utk ucapkan Salam Aidilfitri kepada semua kawan dan juga pembaca yang menjengah ke blog ini. Camne raya kalian semua??? Raya saya kali ni lain sikit, sebab kali ni asyik dengar baby nangis je. Alhamdulillah, dah bertambah family tree kitorang. anak kakak sulung, baby girl. Mata ikut abi, hidung ikut mama, perangainye ade iras-iras Mak Ngahnye-kuat nangis, gaya menguap & tidur. Isy3x...






Paksu: Ayam kampung ni sedap tau buat sup
Kitorang: Dah makan pun...Abis licin periuk

Gitulah serba sikit raya kali ni. Balik kampung belah ayah, belah mak, tolong masak, ade kenduri sikit, sempat g ladang dan sebagainya. Aidilfitri juga boleh jadi medium untuk sanak saudara berkumpul.Dah besar semuanya. Duit raya pun makin sikit je. Nape ek...
Kepada yang amik peperiksaan besar tahun ni, buat yang terbaik-UPSR,PMR, SPM. Kepada yang amik doktor, cepat habiskan degree tu, taun depan kitorang tau nak duit raya .Kepada yang buat masters tu, buat research lek lok.Jgn kluar dating(~kalau keluar gak?). Ade yang frust kawan x datang beraya tu, jangan sedih2, settelkan bebaik(sape le ek).Kejap je tu...Kepada yang x abis hafaz Quran g, khatam leklok. Boleh wat syahadah cepat.Dan kepada diriku ini, cepat siapkan assignment.Date due nak dekat dah...Sekian~

Saturday, May 22, 2010

Usul Tafsir

Bismillahirrahmanirrahim....
Pagi td g jogging. 3x pusing je. Pastu take bath, bukak lappy n sarapan sikit. Hurm...

Now, we jump into our topic.. Baiklah pembaca sekalian. Hari ni kte akn m'bncgkan tajuk usul tafsir ye. Orait. Take a deep breath and bulatkn niat anda utk membaca krn ilmu Allah ni perlu dicari dan dipljri.

Definisi Usul Tafsir.
Usul: kedah, cabang, bukti dn lain2.
Tafsir: menerangkn& mnjelaskn sesuatu.
al-Zarkasyi : ilmu y menerangkan makna Al-Quran serta mengeluarkn
hukum-hakam & hikmat2nya.
al-Jurjani: menjelaskan makna ayat2 Quran,keadaannya, kisah2& sbb nuzul dgn
ungkapan y terang & nyata.
Usul tafsir: ilmu y menjelaskn makna2 ayat al-Quran,kedudukannya,Kisah serta asbab
nuzul, ayat makiah n madaniah,muhkam& mutasyabih,naskh& mansukh,am
khas dan sebagainya dgn mggunakan ungkapan y sesuai mengikut
kadar kemampuan manusia.
Imam Jalaluddin As-Sayuti: Ilmu y mbahaskn ttg al-Quran dr segi
kehujahannya selaras dgn kehendak Allah, sekadar utk keperluan
(kefahaman)manusia.
Karya Utama UT:

i. Asbab nuzul: Naskh Mansukh oleh Qatadah al-Sadusi
ii. Gharib al-Quran: oleh Abu Bakr al-Sijistani
iii. Majaz al-Quran: ditemui tulisan o Abu Udaydah Ma’mar b al-Mutanaanh
iv. I’jaz al-Quran : ditemui tulisan o al-Rumani,al-Khattabi, al-Mawardi & Abu Bakr al-Baqillani
v. I’rab al-Quran: Abu Ja’far al-Nuhhas
vi. Munasabat al-Quran: Abu Ja’far b al-Zubair, Burhan al-Din al-Baqi.

Syarat2 Penafsir
1. Akidah yang benar. Akidah memainkan y sgt penting. Selain itu, mereka juga tidak terdorong kepada mazhab-mazhab yang menyeleweng dengan mengemukakan pentakwilan yang bertentangan dengan akidah yang benar.
2. Bersih daripada hawa nafsu.
3. Mempunyai keahlian dalam bidang hadith: riwayat dan dirayah, kerana hadith-hadith nabi merupakan penjelasan dalam menafsirkan ayat-ayat mujmal dan mubham.
4. Mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang bahasa dan ilmu-ilmu yang berkaitan. Contohnya ilmu qiraat, ilmu Nahu dan Sarf, Ulum al-Qur’an, ilmu Usuluddin
Usul Fiqh dan ilmu lain seperti ilmu sosiologi dan antropologi, zologi dan ilmu-ilmu yang berkaitan dengan maklumat umum seperti sejarah, geografi, saikologi dan sebagainya.
5. Memulakan tafsir al-Qur’an dengan al-Qur’an itu sendiri, di mana perkara yang diterangkan secara ringkas di satu tempat dijelaskan secara terperinci di tempat yang lain.
6. Mentafsirkan al-Qur’an dengan al-Sunnah kerana as-Sunnah adalah penjelas kepada al-Qur’an.
7. Sekiranya tidak terdapat tafsiran al-Qur’an dari al-Sunnah, maka hendaklah dirujuk kepada pandangan para sahabat kerana mereka lebih memahami perkara tersebut disebabkan mereka telah menyaksikan penurunan wahyu dan latar belakangnya.
8. Merujuk kepada pendapat tabi`in jika tidak terdapat tafsiran para sahabat dengan syarat terdapat pada riwayat yang sahih.
9. Ilmu Mauhibah- ilmu yang Allah SWT anugerahkan kepada orang yang mengamalkan ilmunya.

Adab2 mufassir
1. Niat y baik
2. Tujuan y benar
3. Tawadu'(krn sifat sombong mnjd penghalang kpd dakwah)
4. Akhlak y mulia
5. Berani menyampaikan kebenaran

Sekian shj utk posting pd kali ni. Kalau kita teliti Ilmu Tafsir ni, memang luas skopnye. Objektifnye supaya kita dpt mengetahui makna y trkandung dlm al-Quran & mnjelaskan maksud2 ayat tersebut, menyelidiki makna2, menjelaskan hukum-hakam serta hikmat y terkandung didlmnya bg memahami hakikat al-Quran utk kemenangan kita di dunia & akhirat.(Al-'Ak,Usul al-Tafsir wa Qawaiduh,hlmn 3)

Monday, May 17, 2010

Terima Kasih Cikgu

Assalamualaikum...
Alhamdulillah, hari ni Allah memberi kelapangan kepada saya utk menulis di blog ni... Buat masa ni, kitorang dalam exam week. Masing2 agak busy baca buku...x kurang jugaak y buat ulangkaji tp sempat berpesbuk. Isy3... Baiklah murid2. Hari ni hari ape?? Hari Isnin, cikgu.. Aha..hari ni gak diadakan Sambutan Hari Guru pringkt skolah dan IPG. Teringat waktu masuk kedai Living Cabin di Kluang sabtu lepas. Ramai anak2 y beli hadiah utk laoshi diorang.
Kat sini, saya juge ingin ucapkan SELAMAT HARI GURU kepada para pendidik yang telah memberikan ilmu n tunjuk ajar dgn penuh kesabaran & ada kalanya sampe hilang sabar, Tambah2 lg subjek add-math. Penat Cikgu Aini Fauziah buat jalan kerja sampe penuh papan putih. Kat sini, sy nk uploadkan gambar2 pendidik di SEMARAK....


Ni asatizah yang mendidik pelajar-pelajar SEMARAK lebih2 lg student KAA agar menjadi insan y soleh n musleh. Dari kiri: Ustaz Azlan, Ustzh Laila, Ustzh Zakiah, Ustzh Mariam, Ustzh Ummuhani dan Ustazah Zahani.


Cikgu Wan Rokiah n Cikgu Nargis...Sekali jumpe habis satu koridor dengo mereka kecek klate.


This is Teacher Noriah. She teaches us English. She likes to tell jokes and make us laugh until stomach-aid but she never laugh. Teacher Noriah:Broken grammar


Cikgu Bio: Cikgu Aisyah bt Yeop.... Sori teacher, I can't be a doctor as u wish..


Cak....Nila Cikgu BM y senantiasa buat kami cuak ble beliau masuk kelas. Tapi ble time beliau senyum...FUhhh


Murobbiah yang solehah. Syukran jazilan 'ala du'aiki....

Itulah saja gambar y sempat di upload-kn. Teringat zaman kat skola dlu memang bes. Ops, kne sambung study novel Village by The Sea ni..Akhir kata, SELAMAT HARI GURU..TERIMA KASIH CIKGU...

Monday, May 3, 2010

Hello World


At last...I managed to create my own blog. Thanks for my friend for showing and orienteering meto do this.... And for all my readers...thanks for reading my posts. I hope u'll can comments and give ideas on how to make my blog more interesting an updated.