I bare witness that there is no god except Allah, and
I bare witness that Muhammad is the messenger of Allah.

Wednesday, June 23, 2010

SAMBUNGAN Enam Prinsip Dakwah $ Tabligh

Alhamdulillah…hari ni kita akan menyambung semula tajuk ENAM PRINSIP DAKWAH yang ketiga ye.
Mula2 skali…nak bagi teka teki. Sape dapat jawab angkat tangan ye.
~Apakah perbezaan antara dakwah dgn dakwat???~
Ha... Gunakan otak kanan & kiri anda utk mencari jawapan.Sila tulis jawapan anda di shoutbox kat sebelah tu ya… dalam ruangan komen di bawah pon buley.
Ok, kte masuk dalam topic perbincangan hari ini tahta maudu’ ILMU.

3) Ilmu dan Zikir.
Asas ilmu y hakiki adalah utk menjawab soalan di dlm kubur nanti. Oleh itu kita perlu usahakan diri utk mencari ilmu y dpt membantu kita utk mamperoleh kebahagiaan di dunia mahupun di akhirat.
Ilmu terbahagi kpd 2:
1. Ilmu Fadail= ilmu y berkaitan dgn kelebihan melakukan sesuatu amalan. Boleh dipelajari drpd kitab2 hadith & al-Quran.
2. Ilmu Masail = ilmu hukum – hakam. Kita hendaklah mempelajarinya drpd orang2 y lebih arif.

Ilmu sangat berkait rapat dgn iman. Jadi, utk menjaga & memelihara penerapan ilmu dalam sanubari kita, amatlah penting untuk membentengi iman kita dengan kekuatan y sebenar-benarnya.

Benteng Iman – 5 Kekuatan Utk Menjaga Iman.
1. Yakin.
Kita wajib belajar & berusaha menyuburkan keyakinan kita. Keraguan mesti dilawan dgn ilmu, bukan sekadar berkiblatkan lojik akal semata-mata.
2. Ikhlas.
Ikhlas adlh rahsia Allah y x diketahui sesiapapun hatta diri kita sendiri sebenarnya. Analoginya adalah seperti seekor semut hitam y berjalan diatas batu y hitam diwaktu malam y pekat. (huraian selanjutnya utk posting di bawah tajuk Ikhlas Niat)
3. Mengamalkan amalan sunat.
Amalan sunat akn menyempurnakan amalan wajib. amalan sunat juga menjadi top-up utk amalan wajib kita y terkadang-kadang lompang di sana-sini. Namun begitu, jangan sampai terlalu ghairah mengejar amalan sunat hingga melalaikan amalan wajib pula….
4. Istiqamah dalam beramal.
Istiqamahlah y dpt mengawal iman kita. Junjungan besar nabi Muhammad SAW bersabda, “Sebaik-baik amalan adalah y kekal walaupun sedikit”
Terdapat dalam sebuah hadis Qudsi, “Wahai hambaku, mengapa kamu berasa jemu beramal sedangkan Aku tidak pernah jemu memberi pahala kepadamu”
Sama-samalah kita istiqamah dlm melaksanakan amal kebajikan….
5. Disiplin dalam beribadah.
Ulama tasauf bersepakat mengatakan “yang banyak menjauhkan hamba itu drpd Allah bkn krn x cukup ilmu& amal. Tetapi kerana kurang adab dlm melaksanakan ilmu & amal”

Rujukan:Khairul Razali.30 Wasiat Imam Syafei(2005).PTS Millenia,Kuala Lumpur
Tajuk posting hari ini sangat bersesuaian dgn status kita sbg seorang pelajar. Seorang pensyarah saya(merangkap tutor) pernah berkata “Your priority now as a student is towards your study.”
~Yes, Miss.~
Next week bermulalah semester terakhir utk foundation PPISMP ni. Erm…dah tua rupenye…Sebenarnye banyak lg nak dipostkan berkenaan tajuk kita pd kali ni. Disebabkan faktor2 yang berbangkit, diharapkan murid-murid sekalian dpt mengambil manfaat.
Sebelum meng’sign-out’kan diri, saya juga tlh upload beberapa gambar2 y menarik semasa school holiday kali ini. Sebagai relaks minda stlh mencari idea utk menulis.


Rehlah di Sungai Klah Hot Spring


Bebudak excited main air




Aksi2 stunt y x berapa jadi~

X lupa, Selamat Penganti Baru, Semoga berbahagia buat Farhana & suami. Teringat zaman kecik2 dulu kte makan time rehat sama-sama. Semoga kalian dpt mewujudkan keluarga sakinah, Insyaallah….


2 comments:

Nur Adibah Ridzuan said...

Susah ke soalan teka teki ni???xde sape nak jawab pon

aril best said...

assalam...agak susah soalan tuh..

dalam istilah yg sy fahami: dakwah ialah seruan ke jalan Allah

dakwat: merupakan tinta.di guna utk menulis...

Post a Comment