I bare witness that there is no god except Allah, and
I bare witness that Muhammad is the messenger of Allah.

Friday, February 18, 2011

Inginku Buang Karat Itu.... Bahagian 3

Mariah dan Nadia berjalan berpapasan di laluan pejalan kaki di taman rekreasi . Seusai menunaikan solat Subuh berjemaah di Masjid al-Faizin, mereka mendengar kuliah bertajuk Bidayatul Hidayah(Permulaan Jalan Hidayah) yang disampaikan oleh al-fadhil Ustaz Amiruddin al-Tantawi.Seorang imam yang sangat fasih berbahasa Arab berikutan pernah menuntut ilmu di bumi al-anbiya' Mesir dan juga di Afrika.

Kedua gadis itu melabuhkan duduk di kerusi berhadapan tasik. Terasa tenang dengan panorama pagi yang hening dan sejuk. Ditambah lagi dengan kocakan air tasik yang tenang, pepatung2 meluncur terbang dan mencicipi ke air seperti merasai betapa dinginnya, burung-burung yang bersiul mengalunkan zikir kepada Rabbnya. Subhanallah...lukisan alam mula hidup dengan kehendak Rabbnya. Tidak pernah ingkar dengan perintah Sang Pencipta.

Mariah dan Nadia masih duduk di atas kerusi itu sambil mengalunkan zikir mathurat. Rutin tersebut tidak pernah ditinggalkan kerana mereka tahu, sumber kekuatan hanyalah dari Allah. Andainya seorang hamba itu tidak memohon kekuatan supaya utuh dengan iman dan pendirian berfikrahkan islam, maka tidak mustahil akan tersungkur dengan nafsu yang sentiasa menggoda. Jika tidak memilih untuk berada dalam jalan Allah, jalan apakah yang masih tinggal untuk dilalui jika bukan jalan al-hawa'.Ya Allah, tetapkanlah hati hambamu ini di atas jalan yang benar...

.............
 Kedua mereka sudah selesai membaca doa rabitah. Masing-masing memandang ke tapak bersimen berdekatan tasik memerhatikan gerakan "uncle2 dan aunty2" yang sedang melakukan taichi.

"Seronok tengok mereka beriadah kan. Walaupun umur dah tua, masih kuat untuk bersenam pagi-pagi. Sepatutnya golongan Melayu macam kita ni perlu contohi rutin pagi mereka walaupun mereka berbangsa cina. Ana pun malu rasanya tengok aunty2 ni" Mariah membuka bicara. Nadia mengangguk mengiakan.
"Hm... setuju2... Sebenarnya, Allah sendiri dah susun jadual yang ideal untuk seorang muslim. Bangun seawal pagi untuk qiamullail, solat subuh, rehat sebelum zuhur(qailullah) dan banyak lagi. Malangnya muslim tu sendiri yang tak rebut keberkatan darinya. Lepas subuh tidur.. patutnya dah boleh je terus keluar untuk riadah atau buat kerja2 lain. Ana sendiri pun kadang2 lalai. Astaghfirulah.....Mariah, ana lapar pula..jom balik."

"Ha...Enti janji nak sambung balik cerita pagi tadi. Jangan lupa pula. Kita sarapan di warung Mak Uda je la. Ana dah lama tak ziarah beliau."
"Bole juge. Err..nak kena sambung ea?
.............................
Ana bersekolah di sekolah perempuan di selatan tanah air. Seperti mana kita tahu, perempuan ni kan pengurusannya cekap n nak semuanya kemas. Ditambah lagi, misi sekolah ana adalah untuk meningkatkan prestasi akademik dan kokurikulum pelajar. Jadi, guru-gurunya sangat hebat dalam menyampaikan ilmu mereka, latih para pelajar jadi hebat di padang dan sebagainya. Para pelajar termasuklah ana masing-masing bersaing nak jadi pandai. Kami akan buat yang terbaik dalam semua aspek di sekolah tu. Memang rasa macam kejar dunia la.Kalau dilihat dari segi zahirnya, pada pendapat ana, sistem di situ memang sangat hebat. Tapi sayang, aspek kerohanian kurang ditekankan. Kami didoktrinkan dengat sistem barat yang dikatakan maju, up-to dated, semua benda nak ikut barat. Astaghfirullah....

Jadi, selama lima tahun di sekolah hidup ana bergelumang dengan buku, kawan-kawan, gosip artis dan perkara-perkara yang berkaitan dengan alam persekolahan. Habis je SPM, ana dah buat keputusan untuk bekerja. Biasalah, waktu umur-umur gitu kita rasa nak miliki henset baru, gajet-gajet yang moden macam iphone,...etc. Enti taknak tau ana kerje apa memula dulu? Nadia menyoal Mariah. Ingin menduga jawapan dari temannya itu.

-Pekerja kedai runcit?
-Bukan
-Pekerja pasaraya?
-Bukan
-Jurulatih memandu JPJ??
-Bukan. Ana dapat lesen pun bila umur 20.
-Guru sandaran?
-Bukan. Dulu ana tak suka budak kecil. Mengajar pun kurang berminat.
-Cleaner??hehe...
-Lagi bukan. Enti ni....

"Tak tau..Enti tak bagi hints. Lagipun ana bukan deciphers."Mariah mengaku kalah.
"Dulu ana jadi club singer" Perlahan Nadia menuturkan."Enti, tutup mulut tu. Nanti cacibor(Pepatung dalam bahasa Perak)masuk.Ana sambung cerita ye." Mariah mengatup mulutnya yang sedikit ternganga.Mungkin tidak menyangka bahawa jawapannya langsung tidak berkaitan dengan pekerjaan silan Nadia.

"Minat ana dalam bidang nyanyian dan muzik berputik sejak dari bangku sekolah lagi. Maklumlah, sekolah semuanya perempuan. Jadi, kita tak malu nak tunjukkan bakat kita. Kadang-kala kawan2 sekolah ana jemput ana pergi kelab malam sebagai penyanyi jemputan. Walaupun agak teruk juga ibu ana marah masuk kelab malam, tapi waktu itu ana fikir ana tak buat ana yang salah. Ana hanya penuhi jemputan menyanyi dan dapat upah. Then terus balik. Ana tak sentuh pun drink kat sana. Bergaul bebas dengan pengunjung kelab pun tidak. Sebab ana memag jenis anti-social sikit. Hehe... Enti nak tahu tak, ana pernah pergi uji bakat Akademi Fantasia dan MyStarz LG? Nadia memandang muka Mariah sambil tersenyum. Mariah membulatkan matanya ingin tahu."
"Alhamdulillah, Allah memang menjaga ana. Walaupun pada masa itu ana frust sangat tak dapat masuk pertandingan tapi bila muhasabah balik sekarang, ana bersyukur sangat kerana Allah lindungi diri ana dari terjebak dengan bidang itu. Kebetulan pula ana dapat offer dari universiti dalam bidang accounting. So, ayah ana dah bagi kata putus. Jika tak dapat masuk pertandingan itu, sambung belajar. Ayah cakap, berhibur itu memang tak salah, kerana hiburan itu indah. Tapi bila hiburan itu disalahgunakan, membuatkan kita jadi bersalah. Bersalah sebab tak ikut garis panduan yang Allah tetapkan. Ana pun akur dengan keputusan ayah. Tetapi sebenarnya, bila difikirkan semula, percaturan Allah inilah yang memandu jalan ana menuju tarbiyah."

Monday, February 14, 2011

The Power of Istighfaar!


Post dalam bahasa inggeris pula kali ini.
Selamat mendengar dan memahaminya.
Ingatlah, selama mana seorang hamba Allah itu beristighfar, mengemis keampunan dan redha dariNya, insyaAllah Allah akan mengurniakannya kekuatan untuk meninggalkan maksiatnya.
...quwwata 'ala quwwatikum.....

Thursday, February 10, 2011

Sambungan "Inginku buang karat itu"

“Ukhti, kenapa ni?” Mariah perasan wajah Nadia yang berubah riak. Kelihatan matanya sudah mula berkaca, menanti mutiara gugur darinya. Mariah bangun dari kerusi duduknya mendekati Nadia. Diraihnya jejari mulus Nadia yang sedang menekup muka. Perasaan bersalah mula menjalari hatinya.
Nadia mengetap bibirnya sambil menunduk. Kisah silam menerjah fikiran. Terasa insaf dengan "jahiliahnya" dahulu  yang bagi dirinya banyak membuang masa mudanya di zaman belajar.

"Afwan jika tutur bicara ana mengguris hati enti. Erm, janganlah nangis. Dah tak comel muka tu. Nanti sembap pula mata nak pergi kerja." Mariah berlelucon untuk menarik perhatian teman serumahnya yang lebih tua tiga tahun darinya itu. Menanti ketawa kecil yang terpancul dari mulut Nadia.

"Enti ni, kesitu pula dia. Kan hari ni cuti.... Tapi, tak salah kan jika menangis kerana menyesali kesilapan dahulu. Andainya waktu bisa berputar, ingin rasanya kembali ke zaman awal remaja dulu, belajar tentang islam and the most important thing is menjalankan kewajipan sebagai seorang penganut Islam yang sejati."

Mariah mengangkat kening. Agak hairan dengan pernyataan ukhtinya yang sentiasa bermuhasabah diri. Baginya, Nadia banyak membantunya dalam kerja dakwah. Sentiasa mengingatkan dirinya agar sentiasa memperbaharui niat dan iman. Kerana syaitan akan sentiasa membisikkan anasir2 halus yang bisa menjadikan gerak kerja seseorang muslim itu tersasar dari landasannya. Tambahan pula, peribadi Nadia dan tingkah lakunya yang sangat halus dan sopan membuatkan Mariah sangat mengaguminya dalam diam.

Nadia tersenyum kecil dengan tindakan refleks Mariah. Memang dia tidak pernah bercerita dengan sesiapa tentang kisah hidupnya dahulu. Tetapi tidak pernah dia menyesal dengan segala percaturan Allah terhadap dirinya. Dia sangat ingin mensibghahkan seluruh kehidupannya dengan deenullah. Bukan hanya menjadi muslim dalam kad pengenalan sahaja.

"Kenapa buat muka macam kartun ni? Mariah, nak tahu tak. Orang yang beriman n bertakwa itu sebenarnya bukan orang yang tak pernah buat  dosa, sebab kita bukan maksum. Tetapi once dia dah sedar akan kesalahnnya, dia akan segera beristighfar, bersegera mencari ampunan dari Rabbnya. Kalau tak percaya, cuba chek (3:133)"

Mariah segera mencapai tafsir merahnya. Subhanallah, terasa seperti ayat Allah itu menegur dirinya. Seluruh ayat dalam muka surat itu sangat menyentuh hatinya. Sesungguhnya benarlah firman Allah salam surah Az-Zukhruf, ayat 36, bahawasanya barangsiapa yang berpaling dari al-Quran, syaitanlah yang akan menjadi mentornya. Mariah mengangkat muka menatap Nadia. Mencari ketenangan dari wajah mulus itu

"Kalau ukhti tak keberatan, boleh ana tahu macam mana ukhti boleh terjebak dengan tarbiyah ini?"


"Nak tahu juga ke? Panjang tau, sampai esok pun tak habis. Nanti mengganggu pula masa enti nak cari bahan untuk pengisian hari ini"

"Ala....cerita r.. Tak semestinya kita bergantung pada bahan bertulis je jika nak mentarbiah diri. Ada kalanya kita perlu belajar dari pengalaman orang lain juga untuk mematangkan diri. Allah tahu kita tak kuat untuk sesuatu ujian itu, sebab itulah kita tidak diuji sebegitu. Cuba kita lihat pengorbanan orang-orang yang terdahulu, ada yang :

1.      Dicakar dengan sikat besi.
2.      Digergaji tubuhnya.
3.      Diikat dengan empat ekor kuda yang berlawanan arah, lalu kuda itu dipukul untuk lari sekencang-kencangnya hingga robeklah badan orang itu.
4.      Dibakar dengan tungku api yang berisi minyak panas.
Semata-mata nak tegakkan kalimah Allah. Tetap thabat dalam jalan dakwah ini."

................

"Ana merupakan anak bongsu dari empat beradik. Kami hidup dalam suasana yang sangat normal as orang Kuala Lumpur. Walaupun ibu dan ayah ana bukan berpangkat besar, tapi kami hidup agak senang. Biasalah, semua adik beradik lain  dah dewasa, masing-masing bawa haluan sendiri. Lagi pun beza ana dengan kakak atas ana sepuluh tahun. Jadi, selalunya kalau ana minta apa2 senang je dapat."

Sayup2 kedengaran laungan azan dari masjid berdekatan.....

"Alhamdulillah, penyeru Allah pun dah ingatkan kita tentang temujanji kita dengan Allah. Boleh kita berhenti sekarang? Nanti sambung lagi ea.." Nadia berkata.

"Baiklah ukhti sayang..jom ana tolong jadi driver untuk ke masjid. Nak juga kumpul saham untuk akhirat ni."Mariah bermurah hati menawarkan diri. Meskipun dalam haid dia tidak pernah melepaskan peluang untuk menghadiri kuliah subuh yang disampaikan di masjid.

........bersambung.............