I bare witness that there is no god except Allah, and
I bare witness that Muhammad is the messenger of Allah.

Saturday, March 26, 2011

5 Days at SK Perwira..~

-Cikgu...
-Hurm??
-Lepas ni belajar marah tau.
-Ye.

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh...
Alhamdulillah, Allah masih memberikan kita peluang untuk terus hidup lagi pada hari ini. Sudah dua minggu ana kat kampung,I'Allah, esok kene balik semula ke IPG terchenta. (~tanak balik~)
Alhamdulillah, ana bejaya mengharungi PBS selama 5 hari di  sekolah di kampung ana. Tapi ana x pernah bersekolah kat situ. Thanks to Noor Amani dari IPG Raja Melewar y sudi menjadi partnership utk pbs ni. Seronok wat keje ngan beliau yang bertekun, sistematik n serius ni. "Logam"nya ini pasti bersinar andai berjaya dibentuk dan ditempa oleh seseorang yang berjaya mensibghahnya .Nanti sem 3 kita wat same2 lagi ek, Amani...

Dialog kat atas tu merupakan coversation terakhir ana ngan murid-murid kat SK Perwira. Diutarakan oleh seorang murid India yang ana pernah relief kelasnya. Agak bising(sangat bising sebenarnya) penghuni kelas tu.    Penat ana suruh diorang diam. Sudahnya ana suruh diorang melukis je.

Conversation 2
-Cikgu da kawin ke
-Dah
-Betulke??
-..... Cepat bukak buku sivik!

Conversation 3
Murid A-Cikgu Amani ni ajar ape?
Amani   -Cikgu ajar subjek PJ
Murid A-Cikgu Adibah tu?(waktu ni ana takde kat bilik tempat kami bertapa. ana masuk kelas)
Amani -Cikgu Adibah ajar Agama Islam
Murid B(india)-Oo...kan saya dah cakap(cakap ngan kawan).Cikgu Adibah kan pakai tudung sampai sini(buat gaya tudung labuh)
Amani - Ada kawan cikgu yang ajar prasekolah pakai tudung takat situ juga tau

Pbs ini membuatkan ana banyak berfikir... Soalan yang selalu mengganggu benak of course le "camne la aku nak suruh diorang diam ni??"tak pun "diorang ni faham x aku cakap pe" pastu "camne la aku nak ngajo bebudak nakal pasni?" Tapi yang cukup pastinya ana lagi suka masuk kelas hujung. Memang susah nak control kelas, bila nak terangkan sesuatu kene rendahkan tahap pemikiran kita supaya sesuai dengan kefahaman diorang dan kene sabar dengan ketidaksopanan mereka. Sudahnya ana tanye kat diorang
-Camne nak bagi kelas korang diam?
-Cikgu angkat pembaris kayu yang besar ni, pastu ketuk meja kuat2.
-Semua cikgu yang masuk kelas ni buat camtu ke?
-Haah. tak pun cikgu pukul je diorang
-...(-__-')

Yang seronoknya bila diorang tanye kat ana "cikgu, betul tak saya tulis ni?", cikgu, tengokla lukisan saya ni... Huhu, comey betul(cikgu yang masuk kelas tu). Bila diorang tulis salah, cikgu ni pun marah," bukan camni, huruf sin kan ada 3 gigi." "Ni apasal tak tulis lagi?" "Ha, jangan main!nanti tak siap tak bole balikkk."

Gitu la sikit sebanyak dialog yang berlaku. Teingat time ana muda2 dulu, hairan pun ada sebab terfikir camne la cikgu ana mengajar sampai ana pandai ABC, أ ب ت,   1,2,3
Rasanya cikgu ana dulu tak garang sangat, pastu ana pun bukan jenis aktif sangat buat bising dalam kelas.(Ana bersekolah rendah di SK Sitiawan dan SK Kampong Bahagia) Ana pun tak ingat lagi muke2 cikgu yang suka marah dalam kelas. Tu yang bila masuk mengajar kali pertama ni ana tak reti marah bebudak(anak-anak orang pulak tu). Tak pe.tak pe.... Utk sem 2 ni time PBS ana nak bawak watak sorang cikgu yang cengih..(hehe)

Antara perkara yang ana sedar ialah murid-murid zaman moden ni kurang hormat cikgu.Tak tahu la betul ke tak tapi ini pendapat peribadi ana. Waktu zaman sekolah rendah ana dulu2, kalu tak silap kelas ana tak bising kalau cikgu masuk, cikgu tanya soalan pun jawab sopan2. Nak lalu sebelah cikgu pun rasa gerun... Herm entahla. Rasa macam tugas seorang guru/pendidik ni sangat berat. Coz murid-murid inilah aset Islam masa hadapan. Kehidupan dunia ni memang terasa seperti di akhir zaman. Ditambah lagi dengan bencana alam yang sering berlaku. Pastu terasa seperti minda masyarakat diserang dengan anasir Barat. Nak maju, nak hidup kaya,nak itu, nak ini, tapi pendidikan rohani kurang dititikberatkan.

Ayyuhal syababul taghyirul ummmah!

Betulkan fikrahmu! Perbetulkanlah addinmu, kerana minda masyarakat masih lagi sakit. Kalianlah doktor penyembuh jahiliyah moden ini. Cukuplah berselisih pendapat, cukuplah dengan penyakit hati yang suka berhasad dengki. Bersatulah mensibghahkan ummat!
(Bilakah Islam akan menang??Bila ummat terislah)

Tak tau nak tulis ape lagi, coz ana dah banyak menulis utk wat laporan PBS n PKK. Belum kira lagi laporan utk PA n ELP(kaedah pengajaran guru dalam kelas). Ana upload gambar2 yang ana ambil sepanjang jadi cikgu kat situ ek..
Perhimpunan pagi Isnin

Time ni la paling bestt...
Harga kuih kat sini 20 sen sekeping. Mane nak dapat..

Ha.ni nak masuk tandas ke keluar tandas ni?

Lukisan anak murid saye

Kampus Astro di Pusat Sumber


Huruf dzho ade titik, jangan lupe letak..

Murid-murid, ini caranya memukul orang ..eh, bola kriket ye
Cikgu Rozi..

Waktu zaman ana mane ada mainan warna-warni ni..

Cikgu Amani menginterview tokoh pelajar.
Sempat main congkak ngan anak murid.

Inilah robot ciptaan saya. Cantik tak cikgu??
(cikgu comel je..)

Kelas tasmi' Tahun 1

Tribute to my partnership~Cikgu Amani~

Thursday, March 10, 2011

Pengaruh dan kemasyhuran Ikhwan Muslimin

DI Mesir misalnya Pergerakan Jamaah Islamiyyah yang terkenal sebagai Tanzim al-Jihad dan Takfir wa'l-Hijrah merupakan pergerakan yang paling radikal dan sering menunjukkan keganasan demi membentuk negara Islam. Hasil daripada tindakan dan ideologi radikal oleh pergerakan-pergerakan Islam tersebut, maka persatuan atau pergerakan Islam yang lain turut disalahtafsir oleh masyarakat luar.
Di negara Mesir juga, jumlah pergerakan Islam melebihi 300 persatuan atau pergerakan. Di antara pergerakan paling berpengaruh dan termasyhur ialah Ikhwan al-Muslimin (Ikhwan) yang ditubuhkan oleh Hasan al-Banna pada 1928.
Kekuatan dan kemasyhuran Ikhwan bukan berdasarkan kepada perjuangan politik seperti mana pergerakan Islam lain yang mana kuasa untuk memerintah dan menerajui negara merupakan matlamat perjuangan mereka. Ikhwan diterajui oleh pemimpin yang mempunyai karisma yang tinggi dan memiliki ilmu pengetahuan dalam bidang konvensional dan tradisi Islam. Ini merupakan ciri-ciri yang wujud dalam peribadi Hasan al-Banna, tokoh pergerakan Islam yang terkenal di dunia.
Kebijaksanaan Hasan al-Banna dalam menggariskan polisi Ikhwan yang berlandaskan kepada pengajaran Islam seiring dengan struktur pelbagai aktiviti, terutamanya dalam hal ehwal kebajikan dan program sosial menjadikan Ikhwan satu pertubuhan Islam yang paling berpengaruh di Mesir. Ia bermula sebagai satu organisasi sosial yang menumpukan perhatian kepada pengajaran Islam, mendidik dan mengajar golongan buta huruf, menubuhkan hospital dan syarikat perniagaan dan perdagangan.
Kejayaan Ikhwan membentuk satu pergerakan Islam yang terkaya, moderat dan berpengaruh di Mesir juga berkaitan dengan objektif dan visi yang menjurus kepada kepentingan masyarakat dan negara bukan kepentingan politik dan individu.
Di antara objektifnya ialah menyertai kebajikan umum dan perkhidmatan masyarakat pada bila-bila masa dan keadaan mengizinkan; mengukuhkan kemakmuran negara; membebaskan dunia Islam daripada penjajahan; menganjurkan keamanan sejagat dan tamadun Islam berlandaskan prinsip Islam; membina kembali negara Islam dan menyatupadukan Mesir dengan negara Islam lain berdasarkan prinsip Islam, selain memperkukuhkan umat Islam secara mengikuti dan mengamalkan ajaran undang-undang dan akhlak Islam.
Berdasarkan objektif tersebut, para pemimpin dan ahli-ahli Ikhwan bergerak begitu aktif dalam kegiatan kebajikan sosial, ekonomi dan negara walaupun tidak menerajui pemerintahan. Kejayaan Ikhwan membina institusi sosial ekonomi yang merangkumi institusi pelaburan yang boleh mencabar institusi pelaburan kerajaan, perniagaan serta kebajikan masyarakat menunjukkan bahawa pergerakan ini boleh dianggap sebagai 'state within the state'.
Dalam sektor ekonomi, Ikhwan boleh menandingi kerajaan Mesir yang mana pada tahun 1980-an, pergerakan ini memiliki tujuh syarikat terpenting negara, perusahaan dan penerbitan seperti syarikat perlombongan dan galian, syarikat perdagangan dan kerja-kerja kejuruteraan dan syarikat penerbitan Islam dan akhbar-akhbar harian.
Mereka juga memiliki syarikat-syarikat pelaburan. Syarikat pelaburan terbesar ialah al-Rayyan dan pada pertengahan 1980-an, syarikat pelaburan milik Ikhwan dilaporkan media memiliki di antara AS$5 bilion hingga AS$15 bilion. Ikhwan walaupun mempunyai pengaruh yang kuat di Mesir tetapi tidak dibenarkan berdaftar sebagai parti politik. Berdasarkan kepada perundangan dan konteks semasa, Ikhwan lebih menumpukan perhatian kepada kegiatan ekonomi dan sosial, dan membenarkan ahli-ahlinya melibatkan diri dalam politik dengan menyertai parti lawan seperti parti Pakatan Islam dalam Pilihan Raya Umum (PRU) tahun 1987.
Pada PRU 1984, ahli Ikhwan bergabung dengan Parti Wafd. Pada PRU 1987, ahlinya bergabung dengan Parti Buruh dan Liberal yang merupakan parti lawan terbesar di Mesir. Dalam PRU 2000, ahli Ikhwan mendapat 17 kerusi dalam Parlimen secara bergabung dengan Parti Buruh dan Liberal. Dalam PRU 2005, ahli Ikhwan menduduki 20 peratus kerusi dalam Parlimen.
Ikhwan tidak menggunakan pengaruhnya dalam arena politik untuk menerajui kerajaan Mesir tetapi lebih menumpukan perhatian kepada mereformasikan sistem pemerintahan Islam secara kerjasama dengan parti-parti politik yang wujud di Mesir. Ia merupakan perbezaan di antara Ikhwan dengan pergerakan-pergerakan Islam dalam dunia Islam lain yang mana terlalu ghairah untuk mendapat kuasa tanpa bermuhasabah diri mempersoalkan kemampuan untuk menerajui negara.
Ikhwan walaupun tidak memegang kuasa pemerintah negara tetapi aktiviti dan kegiatan sosialnya yang mana menyerupai sebuah kerajaan prihatin terhadap rakyat. Kematangan para pemimpin Ikhwan mengekalkan statusnya sebagai organisasi sosial walaupun rejim Hosni Mubarak telah digulingkan menunjukkan bahawa Ikhwan bukan pergerakan Islam yang terlalu ghairah untuk mendapat kuasa. Mereka lebih rasional dan berwibawa dalam menentukan masa depan Mesir secara menggerakkan parti-parti politik Mesir dalam menentukan dasar pemerintahan negara berasaskan kepada Perlembagaan Islam tanpa menggunakan kekerasan dan radikal.

Monday, March 7, 2011

Assalamualaikum....
Hari ni nak tulis santai jerr....
Kalan pernah x dapat mesej layang???atau mesej y kita x tau siapa penghantarnya??atau sms ugutan???
Ana pun x pernah sebelum ni...tapi, tadi lepas qailullah(tidur sebentar sebelum zuhur) ana dapat mesej berbunyi begini..:
Salam.Saya rasa miss dah terambil baju saya. Disebabkan miss sy x leh tido,pasal miss ambil baju kesayangan saya.Sori, saya dah terepot kat polis, rsnyer mlm ni polis2 tu datang carik miss.So get ready ya miss..

HA....
Sebenarnya bila tengok balik sms tu, rasa nak tergelak pulak..rasanya cam tak yah citer tapi nak citer gak.Sebab kan blog ini hak peribadi sendiri, so kita bebas melontarkan apa sahaja yang teringin di hati(make sure tak melanggar hak asasi manusia dan syariat!).Tapi macam malu pulak sebab sebelum ni pernah lontarkan pernyataan  kat kawan, nape orang yang ada blog ni suke citer ap yang dia buat pagi sampe ke malam.hmm.Las2 nye ana pun buat juga. Tapi ana nak tulis gakk...

Hari sabtu lepas(5hb 3) ana angkat kain di jemuran waktu petang. Kebetulan time tu memang nak hujan. Ana pun angkat le laundry n baik hati pulak tlg angkatkan sekali sorang ukht ni punye.(sebab time tu ukht ada urusan kat luar).Pastu, ana ternampak lagi ad  laundry kat ampaian lagi satu. Ana pun tlg angkatkan sebab ingatkan baju2 ni ukhti lagi 1 pnye.K, dah abis...

Dipendekkan cerita, pakaian yang last ana angkat tu bukan ukht tu punye. Sebabnye ad tudung n baju yg nak dekat sama ngn ukt ni pnye. Ana pn tulis iklan cakap "sesiapa y kehilangan baju di ampaian, sila hubungi 013-4xxxxxx.

Sebab tu r dapat sms yang kat atas tu. Tapi yang agak kelakarnya, time ana terbaca mesej tu, ana still mamai, so, tak faham kehendak soalan le(soalan ker??). Secondnye, betul2 lepas tutup mesej ad orang ketuk pintu.roomate pn qailullah juga, ana tolong bukakan pintu. Rupa2nya pemilik sebenar baju yang nak ambil balik pakaiannya. Tapi, sebelum tu, ana tau da siapa tuan milik laundry tersebut sebab tanye kat akhawat lain, tekaan pun memang betul. So, baju tersebut sudah dipulangkan ke tuan asalnya dengan baik meskipun still mamai tu...

Jadi , dengan penuh rasa tak bersalah, ana reply mesej.yang agak kelakarnye, ana tau siapa pengirim mesej tu.

-salam, sori X(nama), saya dah pulangkan pun baju tu kat tuannya.hehe
-oo, ak saje nak kenakan kau
-wekk, da r...g solat

Ok, dah abis...tq kerana membaca n sori menghabiskan masa y sepatutnya kalian gunakan utk buat benda y lebih bermanfaat dari baca posting ni...

Tadi petang ad microteaching. Grup ana present. OK la. masing-masing dalam proses belajar untuk mengajar.So, sedikit sebanya tugasan ni mematangkan lagi cara untuk mengajar(lebih2 lagi ana yang x berapa reti nak mengajar orang ni). Tapi, apa yang ana dapat, tips untuk mengajar ni adalah seperti berikut:

1. Jangan sesekali tak buat preperation untuk mengajar. Terutamanya kalau ajar orang2 yang lagi tua dari kita. Karang tak pasal2 terdiam terkeras kat depan.So, RPH tu sgt penting!! perkataan
2. Lazimkan diri untuk gantikan kebiasaan kita yang suka cakap ok...ok, ok dengan "baiklah". Dalam kelas, selalunya murid2 akan tereffect dengan perkataan2 yang selalu sangat terkeluar dari mulut cikgu.Contohnya, kalau selalu sangat cakap "ok murid-murid, hari ni cikgu nak ajr....ok. Ok, buka buku, muka surat 34.ok, siapa nak cuba baca..?ok, Halimah, sila baca ok....
Banyak sangat oknye cikgu....apa kaa gantikan ok tersebut dengan Baiklah murid-murid....baiklah.....
3. Kalau time stuck nak cakap sebab x de idea, jangan selalu sangatsebut "ermm...erm...erm..."(ana pun cam tu jg kekadang).Cuba relakskan diri, kalau rasa nak terkeluar juga ermmmmm....ermmm tu, cuba katup rapat-rapat mulut tu.
4. Jangan letangkan sangkaan yang terlampau tinggi(high-expectatin) terhadap murid-murid yang bakal kita ajar nt. Sudahnya, bukan je kita x dapat mengajar dengan baik, kita jg akan tereffect dengan pandangan mata murid-murid yang sblum tu kita anggap elit dah. Padahal, diorang tak tahu pun...(pengalaman)

Tapi, semua tips ni sekadar untuk nasihat diri sendiri. Ana pun still belajar macam mana nak salurkan ilmu dengan baik, terutamanya kepada mad'u2 yang Allah hadiahkan. Tapi, as long as we are muslim, kita tahu sebenarnya kewajipan menyampaikan islam itu lebih penting adakalanya dari beribadah sensorang, pastu tak nak pun cuba perbaiki diri orang lain.Nak masuk syurga kan tak bes sensorang...
Baiklah, sekian saja posting untuk kali ini.
Assalamualaikum.....


tak sabar nak g pbs :)

Adakah anda tergolong dalam individu ini??
fikir2 kan..
Tak matured betul pak cik ni...

Friday, February 18, 2011

Inginku Buang Karat Itu.... Bahagian 3

Mariah dan Nadia berjalan berpapasan di laluan pejalan kaki di taman rekreasi . Seusai menunaikan solat Subuh berjemaah di Masjid al-Faizin, mereka mendengar kuliah bertajuk Bidayatul Hidayah(Permulaan Jalan Hidayah) yang disampaikan oleh al-fadhil Ustaz Amiruddin al-Tantawi.Seorang imam yang sangat fasih berbahasa Arab berikutan pernah menuntut ilmu di bumi al-anbiya' Mesir dan juga di Afrika.

Kedua gadis itu melabuhkan duduk di kerusi berhadapan tasik. Terasa tenang dengan panorama pagi yang hening dan sejuk. Ditambah lagi dengan kocakan air tasik yang tenang, pepatung2 meluncur terbang dan mencicipi ke air seperti merasai betapa dinginnya, burung-burung yang bersiul mengalunkan zikir kepada Rabbnya. Subhanallah...lukisan alam mula hidup dengan kehendak Rabbnya. Tidak pernah ingkar dengan perintah Sang Pencipta.

Mariah dan Nadia masih duduk di atas kerusi itu sambil mengalunkan zikir mathurat. Rutin tersebut tidak pernah ditinggalkan kerana mereka tahu, sumber kekuatan hanyalah dari Allah. Andainya seorang hamba itu tidak memohon kekuatan supaya utuh dengan iman dan pendirian berfikrahkan islam, maka tidak mustahil akan tersungkur dengan nafsu yang sentiasa menggoda. Jika tidak memilih untuk berada dalam jalan Allah, jalan apakah yang masih tinggal untuk dilalui jika bukan jalan al-hawa'.Ya Allah, tetapkanlah hati hambamu ini di atas jalan yang benar...

.............
 Kedua mereka sudah selesai membaca doa rabitah. Masing-masing memandang ke tapak bersimen berdekatan tasik memerhatikan gerakan "uncle2 dan aunty2" yang sedang melakukan taichi.

"Seronok tengok mereka beriadah kan. Walaupun umur dah tua, masih kuat untuk bersenam pagi-pagi. Sepatutnya golongan Melayu macam kita ni perlu contohi rutin pagi mereka walaupun mereka berbangsa cina. Ana pun malu rasanya tengok aunty2 ni" Mariah membuka bicara. Nadia mengangguk mengiakan.
"Hm... setuju2... Sebenarnya, Allah sendiri dah susun jadual yang ideal untuk seorang muslim. Bangun seawal pagi untuk qiamullail, solat subuh, rehat sebelum zuhur(qailullah) dan banyak lagi. Malangnya muslim tu sendiri yang tak rebut keberkatan darinya. Lepas subuh tidur.. patutnya dah boleh je terus keluar untuk riadah atau buat kerja2 lain. Ana sendiri pun kadang2 lalai. Astaghfirulah.....Mariah, ana lapar pula..jom balik."

"Ha...Enti janji nak sambung balik cerita pagi tadi. Jangan lupa pula. Kita sarapan di warung Mak Uda je la. Ana dah lama tak ziarah beliau."
"Bole juge. Err..nak kena sambung ea?
.............................
Ana bersekolah di sekolah perempuan di selatan tanah air. Seperti mana kita tahu, perempuan ni kan pengurusannya cekap n nak semuanya kemas. Ditambah lagi, misi sekolah ana adalah untuk meningkatkan prestasi akademik dan kokurikulum pelajar. Jadi, guru-gurunya sangat hebat dalam menyampaikan ilmu mereka, latih para pelajar jadi hebat di padang dan sebagainya. Para pelajar termasuklah ana masing-masing bersaing nak jadi pandai. Kami akan buat yang terbaik dalam semua aspek di sekolah tu. Memang rasa macam kejar dunia la.Kalau dilihat dari segi zahirnya, pada pendapat ana, sistem di situ memang sangat hebat. Tapi sayang, aspek kerohanian kurang ditekankan. Kami didoktrinkan dengat sistem barat yang dikatakan maju, up-to dated, semua benda nak ikut barat. Astaghfirullah....

Jadi, selama lima tahun di sekolah hidup ana bergelumang dengan buku, kawan-kawan, gosip artis dan perkara-perkara yang berkaitan dengan alam persekolahan. Habis je SPM, ana dah buat keputusan untuk bekerja. Biasalah, waktu umur-umur gitu kita rasa nak miliki henset baru, gajet-gajet yang moden macam iphone,...etc. Enti taknak tau ana kerje apa memula dulu? Nadia menyoal Mariah. Ingin menduga jawapan dari temannya itu.

-Pekerja kedai runcit?
-Bukan
-Pekerja pasaraya?
-Bukan
-Jurulatih memandu JPJ??
-Bukan. Ana dapat lesen pun bila umur 20.
-Guru sandaran?
-Bukan. Dulu ana tak suka budak kecil. Mengajar pun kurang berminat.
-Cleaner??hehe...
-Lagi bukan. Enti ni....

"Tak tau..Enti tak bagi hints. Lagipun ana bukan deciphers."Mariah mengaku kalah.
"Dulu ana jadi club singer" Perlahan Nadia menuturkan."Enti, tutup mulut tu. Nanti cacibor(Pepatung dalam bahasa Perak)masuk.Ana sambung cerita ye." Mariah mengatup mulutnya yang sedikit ternganga.Mungkin tidak menyangka bahawa jawapannya langsung tidak berkaitan dengan pekerjaan silan Nadia.

"Minat ana dalam bidang nyanyian dan muzik berputik sejak dari bangku sekolah lagi. Maklumlah, sekolah semuanya perempuan. Jadi, kita tak malu nak tunjukkan bakat kita. Kadang-kala kawan2 sekolah ana jemput ana pergi kelab malam sebagai penyanyi jemputan. Walaupun agak teruk juga ibu ana marah masuk kelab malam, tapi waktu itu ana fikir ana tak buat ana yang salah. Ana hanya penuhi jemputan menyanyi dan dapat upah. Then terus balik. Ana tak sentuh pun drink kat sana. Bergaul bebas dengan pengunjung kelab pun tidak. Sebab ana memag jenis anti-social sikit. Hehe... Enti nak tahu tak, ana pernah pergi uji bakat Akademi Fantasia dan MyStarz LG? Nadia memandang muka Mariah sambil tersenyum. Mariah membulatkan matanya ingin tahu."
"Alhamdulillah, Allah memang menjaga ana. Walaupun pada masa itu ana frust sangat tak dapat masuk pertandingan tapi bila muhasabah balik sekarang, ana bersyukur sangat kerana Allah lindungi diri ana dari terjebak dengan bidang itu. Kebetulan pula ana dapat offer dari universiti dalam bidang accounting. So, ayah ana dah bagi kata putus. Jika tak dapat masuk pertandingan itu, sambung belajar. Ayah cakap, berhibur itu memang tak salah, kerana hiburan itu indah. Tapi bila hiburan itu disalahgunakan, membuatkan kita jadi bersalah. Bersalah sebab tak ikut garis panduan yang Allah tetapkan. Ana pun akur dengan keputusan ayah. Tetapi sebenarnya, bila difikirkan semula, percaturan Allah inilah yang memandu jalan ana menuju tarbiyah."

Monday, February 14, 2011

The Power of Istighfaar!


Post dalam bahasa inggeris pula kali ini.
Selamat mendengar dan memahaminya.
Ingatlah, selama mana seorang hamba Allah itu beristighfar, mengemis keampunan dan redha dariNya, insyaAllah Allah akan mengurniakannya kekuatan untuk meninggalkan maksiatnya.
...quwwata 'ala quwwatikum.....

Thursday, February 10, 2011

Sambungan "Inginku buang karat itu"

“Ukhti, kenapa ni?” Mariah perasan wajah Nadia yang berubah riak. Kelihatan matanya sudah mula berkaca, menanti mutiara gugur darinya. Mariah bangun dari kerusi duduknya mendekati Nadia. Diraihnya jejari mulus Nadia yang sedang menekup muka. Perasaan bersalah mula menjalari hatinya.
Nadia mengetap bibirnya sambil menunduk. Kisah silam menerjah fikiran. Terasa insaf dengan "jahiliahnya" dahulu  yang bagi dirinya banyak membuang masa mudanya di zaman belajar.

"Afwan jika tutur bicara ana mengguris hati enti. Erm, janganlah nangis. Dah tak comel muka tu. Nanti sembap pula mata nak pergi kerja." Mariah berlelucon untuk menarik perhatian teman serumahnya yang lebih tua tiga tahun darinya itu. Menanti ketawa kecil yang terpancul dari mulut Nadia.

"Enti ni, kesitu pula dia. Kan hari ni cuti.... Tapi, tak salah kan jika menangis kerana menyesali kesilapan dahulu. Andainya waktu bisa berputar, ingin rasanya kembali ke zaman awal remaja dulu, belajar tentang islam and the most important thing is menjalankan kewajipan sebagai seorang penganut Islam yang sejati."

Mariah mengangkat kening. Agak hairan dengan pernyataan ukhtinya yang sentiasa bermuhasabah diri. Baginya, Nadia banyak membantunya dalam kerja dakwah. Sentiasa mengingatkan dirinya agar sentiasa memperbaharui niat dan iman. Kerana syaitan akan sentiasa membisikkan anasir2 halus yang bisa menjadikan gerak kerja seseorang muslim itu tersasar dari landasannya. Tambahan pula, peribadi Nadia dan tingkah lakunya yang sangat halus dan sopan membuatkan Mariah sangat mengaguminya dalam diam.

Nadia tersenyum kecil dengan tindakan refleks Mariah. Memang dia tidak pernah bercerita dengan sesiapa tentang kisah hidupnya dahulu. Tetapi tidak pernah dia menyesal dengan segala percaturan Allah terhadap dirinya. Dia sangat ingin mensibghahkan seluruh kehidupannya dengan deenullah. Bukan hanya menjadi muslim dalam kad pengenalan sahaja.

"Kenapa buat muka macam kartun ni? Mariah, nak tahu tak. Orang yang beriman n bertakwa itu sebenarnya bukan orang yang tak pernah buat  dosa, sebab kita bukan maksum. Tetapi once dia dah sedar akan kesalahnnya, dia akan segera beristighfar, bersegera mencari ampunan dari Rabbnya. Kalau tak percaya, cuba chek (3:133)"

Mariah segera mencapai tafsir merahnya. Subhanallah, terasa seperti ayat Allah itu menegur dirinya. Seluruh ayat dalam muka surat itu sangat menyentuh hatinya. Sesungguhnya benarlah firman Allah salam surah Az-Zukhruf, ayat 36, bahawasanya barangsiapa yang berpaling dari al-Quran, syaitanlah yang akan menjadi mentornya. Mariah mengangkat muka menatap Nadia. Mencari ketenangan dari wajah mulus itu

"Kalau ukhti tak keberatan, boleh ana tahu macam mana ukhti boleh terjebak dengan tarbiyah ini?"


"Nak tahu juga ke? Panjang tau, sampai esok pun tak habis. Nanti mengganggu pula masa enti nak cari bahan untuk pengisian hari ini"

"Ala....cerita r.. Tak semestinya kita bergantung pada bahan bertulis je jika nak mentarbiah diri. Ada kalanya kita perlu belajar dari pengalaman orang lain juga untuk mematangkan diri. Allah tahu kita tak kuat untuk sesuatu ujian itu, sebab itulah kita tidak diuji sebegitu. Cuba kita lihat pengorbanan orang-orang yang terdahulu, ada yang :

1.      Dicakar dengan sikat besi.
2.      Digergaji tubuhnya.
3.      Diikat dengan empat ekor kuda yang berlawanan arah, lalu kuda itu dipukul untuk lari sekencang-kencangnya hingga robeklah badan orang itu.
4.      Dibakar dengan tungku api yang berisi minyak panas.
Semata-mata nak tegakkan kalimah Allah. Tetap thabat dalam jalan dakwah ini."

................

"Ana merupakan anak bongsu dari empat beradik. Kami hidup dalam suasana yang sangat normal as orang Kuala Lumpur. Walaupun ibu dan ayah ana bukan berpangkat besar, tapi kami hidup agak senang. Biasalah, semua adik beradik lain  dah dewasa, masing-masing bawa haluan sendiri. Lagi pun beza ana dengan kakak atas ana sepuluh tahun. Jadi, selalunya kalau ana minta apa2 senang je dapat."

Sayup2 kedengaran laungan azan dari masjid berdekatan.....

"Alhamdulillah, penyeru Allah pun dah ingatkan kita tentang temujanji kita dengan Allah. Boleh kita berhenti sekarang? Nanti sambung lagi ea.." Nadia berkata.

"Baiklah ukhti sayang..jom ana tolong jadi driver untuk ke masjid. Nak juga kumpul saham untuk akhirat ni."Mariah bermurah hati menawarkan diri. Meskipun dalam haid dia tidak pernah melepaskan peluang untuk menghadiri kuliah subuh yang disampaikan di masjid.

........bersambung.............

Monday, January 17, 2011

Glad Tidings to the Strangers:Ghuraba in English Translation NEW VIDEO!


Islam itu datang dalam keadaan asing, dan akan kembali asing seperti mana ia bermula.Maka beruntunglah orang yang asing

Namun begitu, jangan sesekali mengasingkan diri dari orang lain.