I bare witness that there is no god except Allah, and
I bare witness that Muhammad is the messenger of Allah.

Friday, September 24, 2010

Fadhilat Majlis Ilmu

"Sabtu ni ade daurah. Nak g x?"
"Erm, tengokla ye.kalo xde aral melintang menegak, saya g la ek"


Perbualan ini mungkin pernah kita dengar.Daurah ini dari segi bahasa bermaksud bulatan atau roundabout. Dari segi istilah ialah perkongsian ilmu, dalam kata lain ialah majlis ilmu. Majlis ilmu sangat best(istilah saya la). Time inilah para malaikat akan berkumpul untuk turut mendengar dan memayungi sesiapa sahaja didalamnya. Kenapa kita kene g majlis ilmu? Jawapannye: kita nak cari dan gapai redha Allah, semoga amal kita ini dapat mengetuk pintu rahmat Allah. Selain itu kita juga dapat hidupkan sunnah pada zaman Nabi saw yang mengadakan majlis ilmu bersama para sahabat seperti di Masjid Nabawi.

Apakah fadhilat majlis ilmu: Ade 4
  1. Malaikat mendokan rahmat baginya
  2. Maghfirah dari Allah
  3. Diturunkan sakinah(ketenangan) didalamnya
  4. Rahmat baginya
Dalam majlis ilmu ni ade adabnya. Sebab kita bukan g konsert yang boleh jerit2+lompat2 sesuka hati. Bukan juga g shopping kat BP Mall atau Summit Parade yang boleh singgah sana singgah sini.
Adab Majlis Ilmu:
  1. Duduk dengan sopan, tenang dan mujahadah untuk dengar ilmu yang disampaikan(memuliakan)
  2. Membenarkan firman Allah dan hadith Rasulullah(membenarkan)
  3. Dengar dengan niaat untuk diamalkan serta sampaikan kepada orang lain. Imam Ghazali pernah mengatakan bahawa ilmu itu pertama adalah diam, kedua dengar, ketiga ingat, keempat diamalkan, dan kelima disampaikan.
  4. Kalau boleh, ada wadhu'
  5. Dengar apa yang penyempai sampaikan, jangan lihat siapa yang menyampaikan. Maksudya, kita ambil apa yang baik dari ceramahnya, jangan disebabkan kita benci dengan dia, haritu pernah nampak dia dating , dia ni bangun Subuh pun lewat, kita banned majis dia. Tak baik tau.

Hang dengaq ka tidoq time Ayah Chik baca kitab ni?

0 comments:

Post a Comment