I bare witness that there is no god except Allah, and
I bare witness that Muhammad is the messenger of Allah.

Friday, October 22, 2010


Merenung di pinggir jendela, kabus jerebu masih belum belum hilang meski hujan tika subuh semalam turun membasahi bumi kampus ini. Merenung kebawah, kelihatan seorang tua sedang mengerah kudrat pikul mesin pemotong rumput,bekerja mencari rezeki untuk isteri & anak-anak tercinta. Mengadah ke langit sang suria masih malu-malu memancarkan sinarnya.

Dia memejam matanya. Masih segar di kotak fikirannya pesan murabbiah kesayangannya. Murabbiah yang dikenalinya atas dasar kasih sayang dan menyayanginya kerana ukhwah yang terbina atas dasar akidah ini. Murrabiah yang bersama menyelami jiwanya tika dirinya "kosong" dahulu. Menyeka titisan airmatanya. Memberi peransang dikala dirinya tidak kuat lagi. Menjadi "ibu" dikala ingin bermanja. Menjadi guru dikala ingin bertanya musykilah..Dia benar-benar bersyukur kerana majikannya yang Maha Penyayang sudi mencampakkan rasa rahmah dan mahabbah dalam hatinya meskipun tiada langsung wujud pertalian darah. Syukur....intima'di dalam hati inilah yang membawanya ke jalan ini.

"Adik,biarlah orang kata kita pelik walaupun benda yang kita buat itu memang langsung x salah dengan syariat. Biarlah mereka tidak pedulikan kita tapi jangan lupakan mereka dalam doa kita.Cuba bayangkan andai Rasulullah dan para Sahabat tunduk dengan ancaman Kuffar, kita tiak dapat rasa nikmatnya Islam ini. Masih ingatkah dengan mafhum hadith Rasulullah saw berkenaan dengan 'orang-orang pelik' tu?"
~Islam bermula dalam keadaan asing, dan akan kembali terasing seperti semula, maka beruntunglah orang-orang yang terasing~
"So, it is not a mistake if u be a stranger if you follow the right path. U take the Holy Quran and Hadith as your journey manual.So, why be ordinary when you can be extraordinary?"

Dia mengoyak senyum sendiri(murabbiahku ini dah stat speaking. Kene menuntul lagi r nampaknya).Memang benar nasihatnya. Orang yang biasa akan menjadi hebat jika usahanya luar biasa.

Tik...tik...
Getaran henset nokianya menggamit tangannya untuk merenung teks mesej yang bau diterimanya.

From: Sis Murobbiah
Ya Allah, send my love and prays to my lovely ukht.Dakwah is a teamwork.manisnya kerana ukhwah.jagalah ia agar x menjadi peluntur hamasah=)

Ya Muqallibal qulub,thabbit qulubana 'ala dinik......

“Wahai saudaraku! Kamu bukan persatuan kebajikan, bukan parti politik, bukan badan yang ditubuhkan untuk sesuatu tujuan yang terhad objektifnya. Akan tetapi sebenarnya kamu adalah ruh baru yang mengalir di dalam tubuh umat ini lalu ia menghidupkannya dengan Al-Quran!


0 comments:

Post a Comment