I bare witness that there is no god except Allah, and
I bare witness that Muhammad is the messenger of Allah.

Sunday, September 19, 2010

Keutamaan Zikir



Bismillahirrahmanirrahim...

Hari ini dah masuk hari ke-10 Syawal. Apa lg, kita tambahkan amal dengan puasa 6 hari di bulan Syawal ini. Soalan: Boleh x gabung puasa sunat & ganti? Nak wat puasa ganti ke puasa sunat dulu ek?
Jawapan:
Para ulama berbeza pendapat yang mana satu harus dilakukan. Beberapa ulama' berpandangan bahawa Tidak sah amalan sunat sebelum melakukan qadha'. Mereka menggunakan kaedah :

أن النافلة لا تؤدى قبل الفريضة

"Sesungguhnya amalan sunat tidak boleh ditunaikan sebelum amalan fardu"

Akan tetapi, jika terdapat masa yang sangat pendek (takut tertinggal peluang menunaikan puasa 6), berbanding dengan puasa qadha' yang banyak; seperti didalam kes wanita yang panjang haidhnya, dibenarkan melakukan puasa enam hari didalam bulan Syawwal, dan kemudian mengqadha'nya sebelum menjelang Ramadhan yang akan datang. Syeikh Ibn Utsaimin mengatakan ini merupakan pandangan yang lebih kepada kebenaran. [Syarah al-Mumthi' 6/448].

Menurut Syiekh Ihsan bin Muhammad 'Aaish al-'Ataibi :

والأصح : أنه لا يجوز للمسلم أن يجمع بين عبادتين لكل واحدة منهما فضل خاص ، أو أمر مستقل خاص
فمثلاً : لا يجمع بين قضاء رمضان والنذر .
ولا كذلك بين قضاء رمضان والست من شوال ، وذلك لأن المقصود من الحديث أن يصوم الإنسان ( 36 ) يوماً – أو شهراً وستة أيام – فإذا جمع بين النيتين صام شهراً واحداً فقط !
وهذا مخالف لمقصود الحديث وهو أن يصوم شهراً وستة أيام ، وقد جاء في السنة ما يوضح أن هذا هو مقصود الحديث ، فقد روى ابن ماجه بسندٍ صحيح أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : « من صام ستة أيام بعد الفطر كان تمام السنة ، من جاء بالحسنة فله عشر أمثالها

"Pandangan yang paling hampir kepada kebenaran : sesungguhnya tidak dibenarkan bagi orang Islam menggabungkan niat diantara 2 ibadat dimana setiap satunya mempunyai fadhilat khas, amalan khas yang tersendiri. Contohnya : Tidak boleh menggabungkan Qadha' Ramadan dan Nazar. Begitu juga diantara Qadha puasa Ramadhan dan puasa Enam didalam bulan Syawwal, dan begitulah sesungguhnya maksud dari hadith agar manusia berpuasa 36 hari - satu bulan (Ramadhan) dan 6 hari (Syawwal) - Maka jika dihimpunkan kedua niat, maka jadilah ia puasa 1 bulan dan satu hari sahaja!

Inilah yang dibezakan dengan maksud hadith bahawa berpuasa satu bulan Ramadhan dan 6 hari, maka telah datang sunnah yang menjelaskan tujuan hadith ini, telah diriwayatkan oleh Ibn Majah dengan sanad yang baik bahawa Nabi saw bersabda "Barangsiapa yang berpuasa 6 hari selepas berhari raya maka dia telah menyempurnakan / berpuasa satu tahun penuh, barangsiapa yang mendatangkan kebaikkan (melakukan puasa) maka baginya digandakan 10" [url : http://www.islamway.com/?iw_s=Article&iw_a=view&article_id=1003]

Dah selesai muqaddimah. Sekarang, kita sambung tajuk prinsip dakwah dan tabligh yang ketiga, iaitu ilmu dan zikir. Huraian tentang kelebihan ilmu telah saya tulis dalam posting sebelum ini.
Zikir: Mengingati Allah dgn merasai bahawa Allah sentiasa malihat dan memerhatikan kita dalam apa jua tindak tanduk, percakapan malah lintasan dalam hati kita. Jadi, kita sebagai hamba sangat perlu ingat Allah 24 jam semoga rasa kehambaan akan terbit dalam hati kita.
Cara mendapatkan hakikat zikir...
1. Istiqamahkan diri utk berzikir,istighfar, selawat tiap hari
2. Baca al-Quran: Ustaz saya cakap, kalo kitorang x habiskan 1 juzuk sehari beliau taknak halalkan ilmu yang diajarinya...huhuhu.
3. Amalkan doa-doa masnun(doa-doa lazim seperti doa makan, doa tidur dsb.)

Rasulullah saw bersabda: Perbandingan orang yang berzikir dgn orang yang tidak berzikir adalah seperti orang yang hidup dengan orang yang mati. Orang yg berzikir itu adalah orang yang hidup manakala orang yang tidak berzikir itu adalah orang yang mati.(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Baihaqi)

1 comments:

adenan wasli said...

salamualaikum...pertama sekali singgah di laman anda, ketika mencari maklumat berkenaan 6 prinsip..menarik dan bermanfaat..syabas!!..

Post a Comment