I bare witness that there is no god except Allah, and
I bare witness that Muhammad is the messenger of Allah.

Tuesday, May 17, 2011

Langkah ini

Hikayat sebuah cerita..
Andaikan diri anda seorang pedagang asing.
Pergi ke sebuah kampung, ingin mengembara meluaskan ilmu dan jaringan ukhuwah.
Tiba-tiba…
Dalam kekalutan,
Dia dituduh menjadi pencuri
Padahal si pedagang asing itu sebenarnya tidak tahu menahu pun di dalam kampung itu berlaku kes kecurian.
Teruk si pedagang itu dipukul, dihina, dan di umpat.
Dikata pula talam dua muka, serampang 80 mata, si pengadu domba,

Kesian si pedagang itu. Dia masih banyak lagi benda yang perlu dikejarinya.
Dia yang tidak tahu apa-apa, mendapat tempias orang kampung yang ingin menegakkan keadilan katanya. Kononnya mendengar kabar lain, keputusan yang dibuat lain pula.
Ada juga yang Ingin tahu kebenaran yang sebenarnya kononnya. Kerana apa yang didengar lain, yang dibincangkan pula lain. Itulah, yang sibuk menganyam ketupat yang belum jadi lagi buat apa.

Si pedagang itu pula,
Hanya diam mendengarkan. Pedih. Bukan sakit lagi. Sangat pedih. Dirinya yang hanya bertanggungjawab menunaikan taklifan yang diamanahkan di atas bahunya,
Menjadi mangsa keadaan..

Apa susah-susah, explain saja la… kebenaran harus ditegakkan.

Tak perlu. Noktah. Tak perlu berdebat lagi membela diri. Bukan dia tidak mahu menyatakan objektifnya berhijrah ke kampung itu kepada tok penghulu. Tapi, sudahnya dia pula dikatakan talam dua muka. Pedih. Pada fikiran si pedagang itu, apa gunanya dia berdiri, bercakap bedegar-degar membersihkan nama baiknya sendiri padahal dia tidak terlibat langsung dengan kes itu. Tidak tidak tahu langsung wujudnya kes kecurian itu. Dan bukan dia jugalah yang mengadu domba tentang kes kecurian itu. Dan dia tidak tahu namanya turut dicanang dalam kes itu. Kerana bukan dialah yang memulakan kes itu.

Juri-juri dan hakim professional pula tak jemu-jemu mengorek cerita. Ingin mencari kebenaran yang si pedagang rasakan makin menghitam arangkankan namanya. Seperti polis lagaknya dia disoal. Namun dia perlu memberi kerjasama. Memanglah perlu bekerja seperti sebuah keluarga tapi tapi tindakan itu mesti dimulakan atas dasar percaya. Sepertimana seorang anak kecil yang tak lepas memegang ibu yang menggendongnya di kala orang lain cuba ingin mendukung kerana si anak itu percaya ibunya dapat menenangkan. Sepertimana seorang adik yang memegang tangan abangnya saat melintas jalan kerana si adik itu percaya dia selamat dalam pautan abangnya. Seperti itulah tarbiah. 

TARBIAH BERMULA DENGAN PERCAYA.

Si pedagang masih teguh dengan kesabaranya. Kerana sabar itu cantik. Cantik membina dirinya yang mula ingin bertatih sebelum berlari mencari redha Ilahi. Dikuatkan lagi dengan titipan nasihat dan tazkirah yang tak jemu-jemu diberikan oleh teman-teman “pedagang” yang lain. Yang setia berada di sisinya andai imannya mula tergugah. Yang akan memeluknya bila dia rasa tidak kuat.

Namun, si pedagang itu manusia biasa. Yang punya akal, hati dan nafsu.
Empangan air mata yang kukuh dan teguh bila berhadapan dengan orang-orang kampung dan golongan professional yang ingin menyelesaikan masalah,
Akhirnya pecah jua bila si pedagang itu “bermesra” dengan Kekasihnya,
Mengadu peristiwa yang telah berlaku pada dirinya. Minta kekuatan agar diberikan hati yang sabar, lapang dan teguh menghadapi fitnah yang telah ditimpakan.
Air mata  masih setia menemaninya saat bibirnya mengalunkan zikir mathurat, dan deras mengaburi kotak mata kemuncaknya bila sampai ke peringatan Kekasihnya:
Aku telah redha Allah sebagai tuhanku, Islam sebagai agamaku dan Muhammad sebagai nabi dan rasulku

Si pedagang itu seperti ditegur oleh Kekasihnya. Mana mungkin menjadi seorang penyeru andai diri tidak pernah diuji dengan cubaan yang hebat. Mana mungkin menjadi Geng Muhammad jika diri masih manja dan tak mahu dicalari dan disakiti. Mana mungkin melahirkan binaan yang kuat andai diri tidak kuat menempuh jalan yang sememangnya sudah pernah dilalui oleh nabi-nabi dan rasul terdahulu dan juga para sahabat..

nabi Zakaria yang pernah diaci oleh kaumnya, tetap sabar menyebarkan risalah Tuhannya. Imbas kembali sirah junjungan besar nabi Muhammad SAW yang teruk ditindas oleh kaumnya suatu ketika dahulu, masih thabat mendidik hati-hati yang benar-benar ingin kembali kepada Sang Pencipta. Nabi Muhammad tak tahu pun bilakah Islam bakal menguasai dunia, masuk  ke Tanah Melayu, sampai ke benua Eropah. Tapi, baginda tetap tega mendidik hati para sahabat yang jelas akan tujuan hidup mereka. Tugas menyampaikan itu lebih besar dari duduk sendirian di atas tikar solat, hanya membaikkan diri sendiri. Kan sweet bila masuk syurga ramai-ramai..=)

Si pedagang itu akur, redha akan takdir yang menimpa diri. Memang dirinya tidak sesuci dan semulia saidatina Aisyah yang Allah sendiri membersihkan fitnah yang ditimpakan atasnya. Sesungguhnya Allah tidak menimpakan sesuatu perkara atas diri seseorang itu melainkan untuk tarbiah dirinya sendiri. Kekasihnya tidak sesekali mengujinya atas sesuatu bebanan melainkan beban itu mampu untuk dipikul dan diatasinya..

YA RAbb, Terima kasih kerana sudi memandang hambamu ini…..


p/s : ini hanya sebuah cerita. Kalian paham apa yang ingin disampaikan?kalian masih tidak mengerti? baik dihabiskan masamu dengan membaca al-quran.nggak usah pening-penin 


2 comments:

Najwa Najihah said...

pedagang itu tidak sendiri.

ranjau hidup di dunia, penuh onak dan luka. adat berhijrah, pasti ada pembaharuannya. tak tersangka, kampung tempat bersinggah, mencalit arang yang tak terduga. mungkin palitan lumpur ketika dalam perjalanan. mungkin tapak pedagang tak sempat dibersihkan. adat di dunia, menerima tanpa mahu memberi peluang.

rawan rasa melihat nasib pedagang, pedagang tak sendiri. karenah manusia, pelbagai ragam. pedagang, lihatlah ini sebagai permulaan untuk meneruskan hijrah yang lebih bermakna.

pedagang, dirimu bukan sendirian. lihat sekeliling, masih ada yang mengerti. walau dikit, masih ada yang memahami. teruslah mencari....

Nur Adibah Ridzuan said...

terima kasih.... (T_T)
nak nangis la pulak..pinjam bahu...nak peluk

Post a Comment