I bare witness that there is no god except Allah, and
I bare witness that Muhammad is the messenger of Allah.

Thursday, May 12, 2011

-tanpa tajuk-


Fazreen menghenyakkan tubuh di atas katil bujang di kamarnya. Ditarik nafas sedalam-dalamnya. Dalam kiraan tiga, dilepaskan hembusan perlahan-lahan disertai dengan zikir istighfar.Astaghfirullahalazim…. Ya Allah, ampunkanlah  setiap kesalahan yang hamba lakukan sama ada yang disedari atau yang tidak hamba sedari.

Penat.. Ya, kepenatan menjalari tubuhnya setelah seharian bekerja di syarikat yang mengambil tempahan dan pembuatan  t-shirt serta pakaian uniform. Pada hari itu mesin  pencetak baju rosak, jadi dia yang ditugaskan di bahagian pencetakan t-shirt terpaksa menggunakan kaedah ‘tradisional’ bagi melancarkan operasi cetakan. Jika menggunakan mesin pencetak, dia tidak perlu  lagi menggunakan jaring untuk mencetak corak di atas kain tempahan,dan juga juga tidak perlu lagi memegang hair-dryer untuk mengeringkan corakan cat.Tambahan pula, hari itu dia terpaksa bekerja seorang memandangkan partnernya memohon cuti kecemasan. Alhamdulillah, walaupun terasa sangat letih bekerja secara solo tetapi dia telah belajar betapa susahnya erti mencari wang demi mencari sesuap nasi. Dia mengandaikan bahawa belajar itu lebih mudah dari bekerja.(kalau tak percaya tryla cari kerja dan bekerjalah!)

Fazreen merenung kipas bilik yang setia berkhidmat untuk dirinya tanpa sebarang bantahan. Dipetik sahaja suis, terus sedia berpusing, berpusing hinggalah dioffkan suisnya. Bilahan kipas itu akan berhenti bekerja bila  sampai masa rosaknya. Fazreen memejamkan mata. Begitulah hidupnya manusia dibumi ini. Diberikan nyawa oleh Sang Pencipta untuk menjadi hamba dan khalifah di muka bumi ini. Dan akan sampai masanya nyawa tersebut bakal dioffkan bila sudah sampai seru. Dadanya sebak seketika.Terasa benar dirinya kini terasa kering tidak diisi dengan tazkirah dan peringatan dari teman2nya. Sejak menetap dirumah selama sebulan ini, terasa benar hatinya "lapar" dengan santapan rohani. Mungkin salahnya sendiri,  al-quran tidak dihabisi 1 juzuk setiap hari, qiyam kadang-kala terlepas, al-mathurat pun bila sabtu ahad baru baca, kerana tuntutan kerja, hubungannya dengan Rabb terasa jauh. Dia merasakan hidupnya seperti robot kini. 

“Achik….”terjengul kepala adik bongsunya, Miza dari jendul pintu biliknya.

“Ni apasal masuk bilik Achik  tak bagi salam dulu? Siap muka tu bertempek ngan bedak sejuk lagi. Dah rupa macam burung jampuk je”

“Sorry....Achik la balik lambat sangat. Lama orang tunggu Achik balik. Achik pergi mana??”

“Pergi gym tadi. Ada tournament dengan school-mate  Achik. Pastu singgah rumah Amir. Dia baru lepas operate appendiks. Alhamdulillah, he remains stable. Ok, da habis. Apa hajat Miza memalam ni?Nak buat spot-chek ke??” Fazreen membetulkan sila di atas katil.

“Mane ada… ni ha. Tolong  Miza selesaikan soalan addmath nombor lima ngan sembilan ni. Tadi da try buat tapi tak sama pulak dengan jawapan belakang.” Miza menghulurkan buku latihan miliknya kepada Fazreen. Abangnya itu sudah sebulan menamatkan diploma di universiti tempatan. Sedang menunggu panggilan kerja daripada pihak yang berminat berikutan Achiknya itu berjaya memperoleh pointer cemerlang dalam kursusnya.Tetapi abangnya itu lebih suka mencuba bekerja sambilan dahulu kerana ingin mencuba pengalaman baru katanya.

“Mana satu soalannya. Oh, ini…Pencil please.”

Miza memerhatikan susun atur bilik abangnya. Di sudut tepi dinding sebelah gerobok pakaian terletak sepasang dumbbell yang tidak pernah difikirnya untuk cuba dipegang atau  diangkat. Berat kot... Diatas meja belajar terletak quran tafsir berkulit hijau tua dan beberapa naskhah buku yang telah difotostat dari buku yang asli. Terdapat juga tiga buah buku berkulit keras yang disusun secara menegak. Miza menatari sekeliling. Tiada lagi poster2 artis barat kegilaan abangnya yang menghiasi dinding kamar. Suatu pemandangan yang sangat berbeza berbanding dengan keadaan bilik abangnya kira-kira tahun lepas. Dia mengalih pandang pula kearah abangnya yang tekun mencari solution untuk soalan addmathnya itu. Matanya tertangkap kepada buku di tepi bantal. Miza menarik keluar buku tersebut. Diteleknya naskhah itu sebentar.

“Achik, buku apa ni?”

“O, itu Al-Muntalaq, karangan Muhammad Ahmad al-Rasyid .Dalam bahasa inggeris dipanggil milestone ” Fazreen menuturkan senada tanpa mengangkat wajahnya.

“Ape tu?Cara-cara melafazkan talaq ke?”

“Buat lawak pulak. Try la baca. Best tau. Tapi achik sendiri pun tak sempat nak habis baca .Busy sejak akhir-akhir ni. Hurm.... Nah, da siap”Fazreen memulangkan buku latihan kepada Miza. Miza menyambut huluran buku tersebut.

"Hurm....Achik, pagi tadi Miza kemas ruang tamu. Ada buku kaler hijau kat atas meja depan. Nak kata nota kuliah, rasanya bukan sebab ada tulisan jawi, cerita perang Muktah la, graf , banyak lagi la.

"Buku nota la tu...Tolong Achik amik buku tu jap."

"Erm, lazy la Achik...., lagipun dah nak tidur sangat ni. Miza belum seterika baju sekolah lagi ni." Miza menyepetkan matanya, minta dikasihani.

"Yela tu. Anak dara tak elok malas. Takpe la. Nanti Achik ambil sendiri. Miza pergilah tidur. Jangan lupe baca al-Mulk." Sempat Fazreen menitipkan nasihat buat adik bongsunya itu. Tiba-tiba deringan Nokia N-Gagenya mengiringi langkahan adiknya menuju ke jendela pintu.

"Assalamualaikum, akh. Apa khabar iman hari ni? Lama tak dengar khabar. Enta buat apa sekarang?" bertalu-talu soalan dari usrah-matenya,Abdullah memulakan perbualan.

"Waalaikumussalam. Banyaknya soalan. Nak jawab 1 je bole? Alhamdulillah, iman masih lagi terjaga but terasa gersang sedikit"

"Aisey, bro. Nape ni? Cerita sikit." Abdullah masih mengekalkan nada suaranya yang ceria itu. Hakikatnya, dia dapat menghidu bahawa temannya itu menghadapi masalah, terutamanya bila jauh dari medan tarbiah dan dakwahnya di kampus. Masalah itu juga sering menghantui mutarabbi-mutarabbinya yang lain.

"Entahlah, ana rasa down sejak seminggu ni. Anta tau kan ana kerja sekarang ni. So, mutabaah tak berapa cantik bila chek balik." suara kesal jelas kedengaran dari nada Fazreen. Dia tidak kisah berkongsi masalahnya dengan Abdullah kerana temannya itulah yang banyak memimpinnya meniti dan bertatih dalam tarbiah dan dakwah. Tidak pernah jemu memberi nasihat dan teguran andainya dia culas menjalankan amanahnya sebagai naqib.

"Muhammad Fazreen bin Khairul Azzam, mengapakah anda diciptakan di dunia ini?" keras suara Abdullah bertutur.

"Ya, ana tau, sebagai hamba dan khalifah. Alhamdulillah, Allah sedarkan ana untuk faham Islam. Anta janganlah psiko ana lebih-lebih." Fazreen bersuara separuh merajuk. Sengaja, kerana dia tahu sahabatnya itu sekadar menasihatinya.

"Sorry, bro. Joke2. Firstly, anta perlu faham kenapa kita kena dan pastikan mutabaah kita sempurna. Kenapa perlu qiam, mathurat  dan sebagainya."Abdullah jeda sebentar. Fazreen diam menunggu segala butir hikmah yang bakal dikeluarkan.

"Mutabaah ini basic berjayanya gerak kerja dakwah kita. Syarat utama menjadi murabbi bukan sekadar banyak ilmu, petah menyusun kata, bukan juga banyak bersabar.Tapi yang utama, menjaga hubungan dengan Allah walau dimana sahaja kita berada.."

"Ana akui benda tu. Bro Haziq pun selalu ingatkan yang daie sekadar menunjukkan jalan menuju hidayah. Menyedarkan kembali, membina hati kenapa perlu kembali kepada Islam. Tetapi yang memasukkan hidayah itu dalam hati mad'u adalah Allah. Sebab tulah perlukan mutabaah amal perlu dijaga. Tapi...ana selalu terlalai bila berada di rumah coz rasa selamat, warm and secure bila berkumpul dengan famili. Anta ada solution?? "

"Doa, doalah agar Allah kuatkan iman dan hati anta. Kan Allah tu dekat, sentiasa bersama kita.. Ana takleh selalu peringatkan anta coz kita jauh. Ana kat Johor, Anta pula Penang. Jauh tu bang.."tercetus ketawa kecil dari kedua insan itu. Nasihat yang pendek tetapi menyenangkan ibarat sang musfir yang terkandas di sahara dapat meneguk titisan air yang menyegarkan.

"Anta dan ana sendiri kena banyak mujahadah sekarang ini. Menjadi seorang murabbi bukan hanya rigid di tempat-tempat yang ramai pendokong atau penyokong sahaja. Cuba bayangkan sekiranya Saad b Abi Waqqas tak bersungguh untuk menyeru manusia, rasanya tak sampai sinar islam di negara China. Kita perlu sedar bahawa tugas seorang daie adalah untuk membina individu. Andainya daie itu sendiri gagal membina imannya, sibuk sengan urusan dunia, terleka dengan hiburan lagha, sillah billahnya tidak dijaga,mana mungkin dia layak bergelar daie."

"Jazakallah, akh. Terima kasih nasihatkan ana. Uhibbuka fillah."

"Waiyyaka. Ha, sebelum terlupa, ana ada usrah online malam ni. If anta nak join sekali dipersilakan."

"Insyaallah. Assalamualaikum."

Salamnya disambut mesra oleh Abdullah. Dia bersyukur dipertemukan dengan teman sebaik Abdullah. Terasa benar ikatan akidah itu lebih kuat dan akrab berbanding ikatan darah. Getaran kecil dari henset menggamit jarinya untuk menekan inbox. Bibirnya menguntum senyum tatkala membaca mesej yang dihantar oleh sahabat baiknya dalam tarbiah dan dakwah, Akhi Roslan.

"Bilamana diri diwqafkan utk perjuangan Islam, jangan sesekali berniat meloloskan diri. Sekali melangkah ke hadapan maka teruskan langkah itu.Jangan pernah terlintas utk melepaskan ikatan rabitah perjuangan. Walau ribuan tribulasi melanda, yakinlah dgn apa yang kita lakukan nescaya kemenangan pasti tiba. Derita kita adalah derita duah terdahulu. Penat kita hari ini adlh utk generasi akan datang.Perjuangan perlu diteruskan.Salam mahabbah, Akh!"

Ya Rabb! Terima kasih kerana mempertemukan hamba dengan jundi2 yang teguh memahat pejuangan dan tega menyalakan lentera islam untuk ummah. Ya muqallibal qulub.thabbit qulubana 'ala dinik...

Berkawan biar beribu,bermusuh jangan sekali =)

Suka gambar ni..
Yang ini pun...



1 comments:

Nur Adibah Ridzuan said...

Alhamdulillah, idea yang penuh dalam otak x elok diperam lama-lama. nanti jadi pekasam, terus hilang idea utk menulis.
Afwan sesangat, cerpen yang dahulu belum tamat dah disajikan dengan cerpen yang baru...
Selamat membaca sahabat sekalian. Mohon dikritik untuk penambahbaikan, Insyaallah...

Post a Comment