I bare witness that there is no god except Allah, and
I bare witness that Muhammad is the messenger of Allah.

Wednesday, May 12, 2010

Enam Sifat Dakwah dan Tabligh



Assalamualaikum.....
Apa khabar iman dalam diri kita hari ini??? Sesungguhnya tanpa hidayah Allah,kita x bleh kenal siapa pencipta kita-Allah-The Creator. Kita tahu bahawasanya Allah pemberi hidayah, tetapi perlu kita ingat bahawa kitalah pencetusnya. Dengan apa??? Banyak wasilah yang boleh kita ikut spt dengar tazkirah,usrah,bersahabat dengan insan yang soleh & sebagainya.
Saya ingin berkongsi sedikit input_ilmu yang boleh kita renung2kan dan ambil pengajaranya. Terdapat 6 prinsip yang dikaji oleh Maulana Muhammad Yusuff al-Kandahlawi hasil drpd al-Quran dan hadis.
1)Yakin dgn kalimah toyyibah لاإله إلله محمد رسول الله.
Kalimah (لاإله إلله) adalah kalimah iman,yakni manusia_kita yakni sebagai hambanya perlu yakin akan tujuan hidup kita didunia ini. Manakala (محمد رسول الله)adalah kalimah amal yaitu kita jadikan Rasulullah SAW sebagai role-model dalam membina keperibadian kita. Sebagai manusia yang Allah kurniakan akal, apa kata sekali2 ble keluar jalan-jalan, kita renung dan perhatikan sempurnanya ciptaan Allah ni. Perhatikan keindahan langit...hebatnya Allah ciptakan langit tanpa tiang. Manusia kalo nak build-up something kena tanam ceracak besi kalo boleh bawah dari 7 kaki nak bagi kukuh. Cubalah bayangkan kalo antara langit dgn bumi ada tiang,,,abes le eksiden kat sana sini dek terlanggar tiang. Subhanallah....our Creator had created the perfect proof for us to think.
2)Solat khusyuk dan khuduk.
Sememangnya benda pertama yang Allah angkat di dunia akhir zaman ni adalah kekhusyukan dalam solat. Kita x dapat sangkal dgn ketentuan ini kerana setiap peristiwa ada hikmahnya. Cara kita nak top-upkn balik ibadah kita ni adalah dgn solat di awal waktu. kan memang banyak fadhilatnya kalo kita solat awal waktu wahai murid2 sekalian...kalo nak tahu apa fadhilatnye...carilah sendiri.Tak elok kene suap je tau. Baiklah...solat ini dianalogikan sebagai kepala pada tubuh. Solat yang sempurna dpt mencgh keji dan kemungkaran. Jadi, bersamalah kita memperbaharui ibadah solat kita y mungkin selama ni ada culasnya. Ni kes orang y solat. kalo x orang y x solat 2 camne pulak cikgu??? Hrm...cubalah kita bayangkn orang berjalan takde kepala...lari terus. Kesian kan.
Utk posting kali ni, saya dapat terangkan dua prinsip ini sahaja supaya essay ni x panjang. Penat tau cari idea. Semoga kita dpt brtemu di lain masa…..

0 comments:

Post a Comment