I bare witness that there is no god except Allah, and
I bare witness that Muhammad is the messenger of Allah.

Saturday, May 8, 2010

WAJAH SUCI




Apa yang ditunjukkan oleh karikatur dlm gambar ni ada hikmahnya. Dah macam citer tarzan pulak. Tapi Mr Tarzan tu the chosen one. Beliau terselamat dr kemalangan kapal terbang, pastu Cik Mon yang selamatkan. Mr Tarzan hidup dlm hutan n mampu berdikari. Ending cter beliau jumpe ngan juge dan manusia y boleh share kasih-sayang.
Realiti zaman sekarang pula camner??? Kalau baby yang masih hidup, syukur Alhamdulillah... Contohya kisah baby yang ditinggalkan ibunya dlm hujan still boleh hidup g. Tu pun sebab ada orang jumpe and then tolong bawa ke hospital. Kalau baby dalam longkang tu? Dalam tong sampah? Kat tangga masjid? Baby2 tu x bersalah. Mereka ada hak utk terus hidup. Saya teringat dalam satu perbualan dalam radio. Seorang pemanggil ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu buat kaum ibu di seluruh dunia. Dalam sebak pemanggil mengatakan bahawa "Selamat Hari Ibu, saya sedih kerana tiada insan yang boleh saya panggil ibu. Jadi, saya nasihatkan kepada ibu2 diluar, sayangilah anak anda kerana mereka dilahirkan untuk hidup, bukan untuk dibuang"

Moral of the story, we back to basic... Memang fitrah manusia ingin mencintai dan dicintai. X salah kita bercinta, cuma berikanlah cinta anda kpd yang sewajarnya. pertama, balaslah cinta anda kpd Pencipta cinta(Allah). Seterusnya kepada rasul kita yang menjadi model kepada kita ttg to whom, how, when we can qives our love. Then, selepas ibu bapa,adik beradik, kawan sejantina, barulah kita boleh menunjukkan cinta kita kpd insan yang kita anggap the true love tue. Ish..faham tak ni? Islam sendiri dah manggariskan syarat2 yang sesuai dgan kita untuk bercinta. Jadi,open your eyes and learn+think about it.

Seruan untuk remaja2, priority kita yang sebenarnya adalah belajar. Belajar utk mendapat ilmu dan berdakwah untuk menyedarkan kawan2 lain. Ada kalanya kita akan lalai, sebab itu pentingnya untuk cari kawan sejantina yang dapat mengetuk kelalaian kita. Berdakwah bukan sekadar kata-kata saja, senyuman kita, rutin harian kita, cara kita berfikir juga adalah medium dakwah. Masa remaja juga adalah zaman yang menentukan siapa kita di hari tua nanti(kalau sempat...).

Sekian saja utk posting kali ni. Terima kasih kerana membacanya. Kalau ade komen lagi best(^_^)

0 comments:

Post a Comment