I bare witness that there is no god except Allah, and
I bare witness that Muhammad is the messenger of Allah.

Monday, October 25, 2010

Ada Apa Pada Pokok??



Pokok Sakura

Create message: Salam alaik...riadah pagi Ahad hujung minggu ni seperti biasa. Siapa lewat akan didenda.
Sending to list: Sisters QC(Quranic Cycle)

***
Hening pagi masih terasa.Titisan embun belum lagi hilang membasahkan lagi relung hati lima gadis yang sedang melepas lelah selepas berjogging mengelilingi padang kampus mereka. Masing-masing meregangkan urat2 dan otot mereka dengan melakukan cool down supaya tidak kejang dan kebas nanti. Seusai berjemaah subuh dan membaca al-mathurat, mereka terus memulakan riadah usbu'i kerana waktu pagi lebih tenang untuk bersenam disamping terjaga dari pandangan awam.

"Zaharah, enti dah siapkan cari bahan untuk tesis plant tissue culture?Ana ingat nak buat pasal kunyit la.Minggu lepas ana tengok kat rumah opah ana cantik tau bunga kat pokok kunyit tu",
suara Izzaty membuka bicara selepas mereka mambuka sila dalam halaqah di atas rumput yang masih basah.

"Pokok kunyit ada bunga ye? Ana tak tau pun. Mesti cantikkan?"Aniqah mencelah perbualan mereka. Kakak ana pernah juga bawa balik kunyit mangga. Kalau tak silap, nama saintifiknya curcuma mangga.
Si bakal doktor ini memang mudah menghafaz fakta apatah lagi kelebihannya itu sering digunakan dikala menyampaikan ilmu kepada adik2 usrahnya.

"Ana lagi suka kaji pasal bunga. Semalam ana baru cari maklumat tentang orkid.Rasanya ana pilih orchid tissue culture. Nilainya agak kormesial juga. Bunga ni tahan lasak dan senang dijaga."
Zaharah menutur perlahan.Sesuai benar dengan dirinya agak pemalu dan lemah lembut.

"Bagusnya, antunna kaji pasal tumbuh-tumbuhan. Banyak ibrah yang kita boleh kaitkan dengan kehidupan seharian kita ni.
"
Nana memberikan pendapat.

Kita boleh belajar dari alam sekeliling kita. Pertamanya, makhluk ciptaan Allah ini tidak henti-henti bertasbih memuji Rabb yang menciptakannya. Kalah manusia yang kadang-kala lupa untuk mengucap syukur dikala mendapat nikmat.Disorakkan"yahu...atau yess dulu sebelum ucap Alhamdulillah"

Nana menghela nafas panjang. Suasana nyaman pagi itu bagai meraikan kehadiran halaqah tersebut. Dari ufuk langit kelihatan garisan jingga kemerahan menandakan sang suria mula menebarkan sinarnya.Subhanallah, tidak tergambar indahnya ciptaan Allah.

"Tengok pokok mangga tu. Rimbun kan dedaunnya. Tambahan pula bunga yang berputik di hujung rantingnya menambahkan lagi seri pokok ni kan? Farah, cuba enti tengok buahnya pula. Mana lagi banyak?Adakah bunga atau buahnya?"

"Hasil dari penelitian dan pengamatan ana, kesimpulannya, bunga yang cantik ini lebih banyak dari buahnya wahai Cik Profeser. Hal ini mungkin dsebabkan faktor tiupan angin atau zat yang diterima berbeza menjadikan buahnya lebih sedikit berbanding bunganya"

Pecah tawa riang lima sahabat tersebut mendengar jawapan dari Farah yang terkenal dengan ceria dan unsur humornya berbanding akhawatfillah yang lain.Kesepaduan antara mereka menjadikan perbincangan menjadi unik.


"Ye, betul. Analogi pokok ini banyak pengajarannya. Kita describe dari sudut Islam dan tarbiah. Pokok itu rimbun, teduh dan cantik-itulah islam.Memayungi kemaslahatan dan fitrahnya yang tidak berlawanan dengan keperluan manusia.Mangajar manusia untuk menjadi hamba yang patuh dengan tanggungjawab sebagai abid dan khalifah. Bunga-bunga yang terputik itu diumpamakan sebagai golongan remaja atau PEMUDA yang ramai, segar,bersemangat dan kuat.Sebagai syabab yang hidup dengan fikrah islam-penuh hamasah, banyak idea dan boleh bekerja. tapi tak semua bunga itu berjaya jadi buah dan tak semestinya semua buah itu sempat kita peroleh manfaatnya untuk dimakan. Begitu juga kita.Kita tak tahu adakah kita masih thabat di jalan ini. Adakah kita dapat sumbangkan Jihad kita bila dah berumur nanti. tambah lagi bila dah berkerja dan berkeluarga. Berjayakah kita mengawal nafsu malas dan manja kita dalam dakwah ini. "

Bergetar bibir menutur istighfirullah dari bibir sisters tersebut.Bimbang andai diri mereka tidak lepas melalui tapisan dakwah ini dan menjadikan diri mereka diintiqa' oleh Allah. Banyak lagi perkara yang mereka perlu belajar dalam tadika tarbiah ini.

Jadi, sangat penting untuk menjaga hubungan baik kita dengan Allah. Kerana seorang murabbi yang cemerlang tidak hanya disandarkan kepada ilmunya yang banyak, atau petah berkata-kata tau pun yang banyak sabar sahaja.
Tingkatkan lagi amalan tarbiah zatiah kita. Kerana Syaitan akan sentiasa menggoda kita agar lalai ingat Allah.Atau meniupkan riak dalam jiwa kita. Semuanya itu hanya menambahkan lagi karat-karat jahiliyah dalam diri.

Halaqah mereka berakhir pada jam 8 pagi.
Ya Allah,kuatkanlah hati kamu diatas jalanMu. Kuatkan jasad dan roh kami untuk menyempurnakan amanah, ibadah dan ketaatan kepadaMu.Amin ya Rabbal alamin.

Pokok Rambutan

Bunga pokok Rambutan

Kunyit.Cantik kan?

Bunga Kunyit Mangga

Orchid

0 comments:

Post a Comment