I bare witness that there is no god except Allah, and
I bare witness that Muhammad is the messenger of Allah.

Monday, November 1, 2010

Ingin Kubuang Karat Itu


Mariah melewati kamar Nadia. Dilihatnya hamba Allah itu sedang berteleku di atas tikar sembahyangnya. Terdengar halus esak tangis sahabatnya itu. Meminta rahmat dari Allah agar meredhai dan mengampuni dosa-dosanya.

Rumah sewa mereka itu terasa sunyi dan hening. Dua lagi teman serumahnya menghadiri katibah di Melaka. Kebiasaannya, pada waktu begitu rumah itu sudah hidup dengan alunan ayat-ayat suci al-Quran dari bilik temannya itu. Paling tidak pun rumah bersederhana besar itu sudah mula sibuk dengan bunyi pancuran air atau mesin basuh.

Mariah membetulkan duduk di atas meja belajarnya. Dia mencapai tafsir Quran lalu membelek secara rambang helaian kitab suci itu. Matanya tertancap di helaian 365 lalu menadabburi ayat 63 hingga 77. Berkenaan dengan sifat hamba-hamba ar-Rahman(faithful slaves). Ayat-ayat tersebut pernah ditadabburinya bersama teman halaqahnya dan dia ingin berkonsi dengan adik2 halaqahnya pula. Moga dengan keberkatan ilmu yang telah dipelajari dan diajarkan kepada orang lain tidak terkubur dan tertulis sekadar dibukunya sahaja.

Assalamualaikum ukhti, dah tahajjud ke? Ana ganggu sebentar boleh ?” terjengul wajah bersih Nadia dari pintu bilik.

“Eh, ukhti. Masuklah.” Mariah mempersilakan teman rumahnya masuk ke dalam kamarnya. “Kebetulan pula ana ‘cuti’ hari ni. Ukhti dah siap solat ke? Lama ana tengok ukhti doa tadi. Doa apa untuk ana?”

“Mana boleh bagi tau. Rahsia ana dengan Allah je tau.”Nadia membalas gurauan temannya. “Hari ni enti ada urusan lain tak? Kalau tak sibuk boleh tak temankan ana pergi bandar. Barang dapur dah out of stock. ”

“Insyaallah, boleh. Tapi pagi ni ana ada program di sekolah X. Mak Cik D minta tolong beri pengisian untuk pelajar lepasan PMR. Kebiasaan pelajar sekolah hanya akan belajar untuk peperiksaan je. Bila habis last paper baru langkah kaki keluar dewan rasa dah merdeka. Bebas dari belenggu buku dan ujian. Mereka masih belum sedar dan faham apa erti kebebasan yang sebenarnya. ”

“Betul, ana setuju dengan pendapat enti. Apa yang enti nak share dengan adik2?”

“Ana dah search bahan di Internet. Kebanyakannya masalah remaja ni adalah pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Macam dah jadi trend pula berpasang-pasangan, lepak di shopping complex, siap bertepuk tampar sesama bukan mahram. Sedih lihat remaja yang belum disentuh hatinya dengan sinar islami. Terpengaruh dengan filem2 barat yang menggalakkan industry per’couple’an tu.” Mariah meluahkan ketidakpuasan hatinya.

“Mereka tidak tahukah aktiviti tak sihat tu boleh mengundang banyak lagi masalah. Lari dari rumah->menyusahkan ibubapa, selalu lepak dengan pasangan->menghabiskan masa & duit, terlanjur->menyumbang isu kelahiran bayi luar nikah. Mereka tak fikirkah dosa bila bergelumang dengan situasi begitu. Allah dah tegaskan dalam al-Quran “jangan hampiri zina”. Jika ingin dekat pun Allah sudah tegah apatah lagi kalau dah terlibat. Syaitan laknatullah pula bergembira dapat sesatkan anak-anak Adam. Astaghfirullah alazim… ”

“Ukhti, kenapa ni?”
Mariah perasan wajah Nadia yang berubah riak. Kelihatan matanya sudah mula berkaca, menanti mutiara gugur darinya.


................... bersambung.......................

0 comments:

Post a Comment