I bare witness that there is no god except Allah, and
I bare witness that Muhammad is the messenger of Allah.

Monday, May 24, 2010

Cikgu=Pendidik=Murabbi

'Bimbing pelajar berfikiran kritis'

KANGAR 23 Mei - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menggesa para pendidik agar membimbing pelajar menjadi individu yang kreatif dan berinovasi dalam pembelajaran menerusi pemikiran kritis.

Titah baginda, langkah itu bagi menghasilkan modal insan berkualiti dengan pemikiran kelas pertama dan bertaraf global.

Pemikiran kritis akan membentuk para pelajar menjadi warga masyarakat yang dinamik, mengamalkan kemahiran berfikir dan komunikasi yang menyakinkan dan efektif, titah baginda.

Selain itu, titah baginda, mereka juga mampu menjadi pelajar yang bijak, cekal serta berani mengambil risiko yang berbaloi.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah demikian ketika merasmikan bengkel Pemikiran Kritis Dalam Pendidikan Matematik di sini hari ini yang disertai 180 pelajar, anjuran bersama Universiti Malaysia Perlis (Unimap), Pertubuhan Jemaah Dato'-Dato' Perlis serta Jabatan Pelajaran Negeri Perlis.

Turut berangkat Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Mengulas lanjut, Tuanku Syed Faizuddin bertitah, sebagai contoh, subjek Matematik merupakan salah satu cabang pemikiran kritis yang sering diaplikasi dalam kehidupan seharian.

"Setiap hari kita menggunakan matematik, sama ada menyelesaikan masalah, menyampaikan idea mahupun dalam kerjaya," titah baginda.

Baginda bertitah, dengan kemahiran pemikiran kritis yang diperoleh oleh pelajar, mereka akan menjadi ahli masyarakat yang dinamik dan mampu mempelopori perubahan sosial dengan memperoleh ilmu serta kebijaksanaan.

Dalam pada itu, baginda berharap lebih banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menganjurkan bengkel sedemikian bagi manfaat golongan pelajar di negeri ini.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Presiden Jemaah Dato'-Dato' Perlis, Datuk Seri Che Mad Noor Mat Arshad; Naib Canselor Unimap, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Hussin dan Pengarah Pelajaran Negeri, Mansor Lat.
24 Mei 2010 / 10 Jamadil Akhir 1431

Petang ni terajin baca Utusan online. Ater I click n read, click n read, berminat plk dengan berita ttg ni. So, apa pendapat anda wahai pembaca sekalian??? Perlukah kita membimbing pelajar2 berfikiran kritis??? Atau wat dono je dgn titah Raja Muda Perlis ni???(I'm Perakians).
Okla. As for me, its is important to make up our students mind because they are precious treasure for our country(and of course to themselves n their family too). Setiap org x dpt pentarbiahan(pendidikan) y sama dari rumah @ sekolah itu seniri. Ade family y memg parentsnye sntsa ikut perkembangan anaknya, n ada parents y lepaskan terus tggjwb pd pengasuh. Mungkin saya bukn org y layak utk mngutara selatankan isu ini.. By the way.. nak bg pendapat jugak. Sebagai seorang guru(Isysaallah, semoga Allah merahmati usahaku) pastikan kita "conqure" suasana kelas tuh. Then, banyakkan isu2 y suruh pelajar berfikir
Sebenarnya inilah cara Cikgu BM sy y slalu gune dlm kelas. Dulu2 beliau sgt garang. Sebut nama je 1 skola kenal. Namanya Rohana bt Bajuri(mintak2le cikgu x baca post ni). Beliau slalu membangkitkan isu2 semasa y suruh kitorng berfikir. Pastu slalu paksa kitorang(ade ke?) baca surat khabar. Dek sebabkan nak sgt BM dpt A1 dlm SPM, kami menjunjung perintah. Alhamdulillah, stu kelas dpt BM=A. Terima kasih cikgu.(^_^)
Berbalik pd perbincangan, dalam membimbing pelajar berfikiran kritis(IQ), jgn lupe latih pelajar berfikiran kritis(EQ). x semua orang sama kan...? Oleh itu, seimbangkan teknik pengajaran dalam kelas, latih mereka agr "thinking outside the box" dan apa y penting, titipkan doa agar mereka menjadi insan y berguna, y sukakan kebaikan & dpt menjd saham kita di akhirat.
p/s:"thinking outside the box:berfikir,memberi pendapat serta membuat refleksi x sama spt seperti org biasa berfikir. Jgn fikir @ bagi idea y luar alam sudah...

2 comments:

Muhammad said...

Salam ziarah.. Saya guru ganti.. Baru lepas SPM 2009, jadi guru ganti 2 bulan..

Sekadar berkongsi pandangan, http://astrangemuslim.blogspot.com/2010/05/murabbi.html

Bila Jepun tewas Perang Dunia 2, kata maharajanya, "Berapa lagi guru yang tinggal? Kita bina semula negara kita.."

Wallahu a'lam. Mohon maaf atas segala kekurangan.

Nur Adibah Ridzuan said...

Tq ats ziarahnye. Dah lawat blog anda.. It's very nice, structured phrase and good English level.
Byk benda y boleh dipljri dr anda...
Salam mujahadah

Post a Comment