I bare witness that there is no god except Allah, and
I bare witness that Muhammad is the messenger of Allah.

Tuesday, May 4, 2010

Sahabat yang Dijamin Masuk Syurga

Sebut saja nama artis-artis popular, semua orang tau nama penuhnye, tempat lahirnye, kat mana dia sekolah dulu, diorang dah kawin ke blum... Ni la realiti umat masa kini. Ha, cikgu nak tanye kat kalian,siapa pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009??? Ct Nurhaliza.... tau aje. Siapa pulak dapat menang best-dress malam tuh??? Astaghfirullah...da melalut pulak ni.

Sebenarnya tajuk kita hari ni ialah kita nak tahu siapakah 10 sahabat Rasulullah SAW yang Allah janjikan syurga bagi mereka. Alangkah beruntungnya mereka kerana dari dunia lagi tahu Allah telah memilih mereka berada di dalam pengakhiran yang baik. Tapi jangan lupa, banyak sumbangan dan pengorbanan telah mereka lakukan untuk mengembangkan syiar Islam.

Sabda Rasulullah SAW, Ertinya : “ Daripada Abdul Rahman Bin Humaid, daripada bapanya : Sesungguhnya Said Bin Zaid pernah menceritakan kepadanya mengenai satu kumpulan , dengan katanya : Pernah Baginda RasululLah s.a.w bersabda : 10 orang yang akan memasuki syurga iaitu (1)- Abu Bakar , (2)- Umar, (3)-Utsman , (4)- Ali , (5)- Zubair , (6)-Tolhah , (7)-Abdul Rahman , (8) – Abu ‘Ubaidah , (9) Sa’ad Bin Abu Waqqas ~ maka beberapa orang yang mengira-ngira jumlah semua yang dijanjikan dengan syurga itu , di manakah lagi seorang ?. Lalu mereka bertanya kepada Said Bin Zaid : Demi Allah Wahai Abu A’awar ! Siapakah dia orang yang kesepuluh itu ?. Maka Said Bin Zaid pun menjawabnya : Bukahkah kamu sendiri telah bersumpah bahawa Abu A’awar itu pun adalah di kalangan mereka yang dijanjikan syurga ? “. – Imam Abu ‘Isa (At-Tirmizi) menyatakan : “ Abu A’awar itu sendiri adalah Said Bin Zaid Bin ‘Amru .

Sababat2 yang disebut dalam hadith tersebut ialah:

1- Saidina Abu Bakar As-Siddiq (ra).
2- Saidina Umar Al-Khattab (ra).
3- Saidna Uthman Bin Al-‘Affan (ra).
4- Saidina Ali Bin Abu Talib (ra).
5- Saidina Zubair Bin Al-‘Awwam (ra).
6- Saidina Talhah Bin ‘Ubaidillah (ra).
7- Saidina Abdul Rahman Bin ‘Auf (ra).
8- Saidina Abu ‘Ubaidah ‘Amir Bin Al-Jarrah (ra).
9- Saidina Sa’ad Bin Abu Waqqas (ra).
10- Saidina Sa’id Bin Zaid (ra)
Banyak lagi sahabat2 Rasulullah yang lain telah dijanjikan syurga. Contohnya Bilal Bin Rabah,Abu Darda’ dan ‘Ukasyah. Hikmah wurudnya hadith ni adalah supaya kita sebagai uamt akhir zaman ni dapat ambil pengajaran dari sifat peribadi mereka, didik diri kita untuk memiliki akhlak mulia dan banyak lagi... Yang pentingnye,toksahle kita tau siap hafal lagi nama2 artis dalam & luar negara, ape fesyen diorang dan banyak lagi benda2 lagho tu.

2 comments:

Muhammad said...

Salam ziarah lagi.. sangat benar.. Sekadar ingin mencadangkan artikel..

http://astrangemuslim.blogspot.com/2010/05/bab-025-tips-cemerlang-06-membina-jati.html

Sekadar ingin bertukar-tukar pandangan, buah cempedak di luar pagar, (hingga akhir pantun)...

Nur Adibah Ridzuan said...

Syukran,....meh sini cikgu sambun pantunnye
buah cempedak di luar pagar,
ambil galah tolong jolokkan
semua orang mesti belajar,
kalau salah itu pelajaran..

Post a Comment